Ahok tersungkur, Anies gabenor baru Jakarta

       

GLOBAL l Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Anies Baswedan berjaya pada pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta yang dilihat mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama.

Berdasarkan keputusan kiraan pantas tidak rasmi oleh Indikator Politik, Anies menang dengan 58 peratus undi berbanding 42 peratus bagi Basuki Tjahaja Purnama, yang lebih dikenali dengan nama singkat Cinanya sebagai "Ahok".

Tinjauan bancian lain juga menunjukkan keputusan yang hampir sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya kebangsaan akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.

Kempen bergelora yang disusuli perhimpunan besar-besaran yang diketuai oleh gerakan penyokong Islam tegar, yang semakin berpengaruh baru-baru ini di negara tersebut yang sebelum ini dikuasai oleh pergerakan Islam sederhana.

Lebih daripada 80 peratus daripada penduduk Indonesia menganuti agama Islam.

"Melihat ke hadapan, politik agama akan menjadi penentu kuasa," kata Keith Loveard, seorang penganalisis yang berpangkalan di Jakarta.

Kemenangan besar Anies agak mengejutkan memandangkan bancian pendapat menjelang pilihan raya menunjukkan keputusan akan berakhir dengan sengit.

Purnama memenangi pusingan pertama pengundian untuk menjadi gabenor pada Februari lalu dalam pertandingan tiga penjuru.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda