Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Padang dijual pada pemaju walaupun dibantah penduduk

Seorang peguam mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kelulusan awal kepada pemaju untuk menjadikan padang bola sepak 2.1 hektar di Bandar Tun Razak sebagai projek perumahan berkepadatan tinggi, walaupun mendapat bantahan penduduk.

Zulhazmi Shariff, selaku anggota jawatankuasa bertindak "Selamatkan Padang Bolasepak Jalan Jujur Bandar Tun Razak" menyatakan DBKL menjual tanah itu sebelum ia dinyahwarta, berdasarkan dokumen serta surat-surat dari DBKL dan Pejabat Tanah.

"Padang ini telah diwarta sebagai tanah rizab pada bulan November 2005. Sesebuah tanah rizab diletakkan di bawah jagaan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kepada kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Malaysiakini .

Menurut salinan dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, DBKL memohon untuk menyahwartakan padang itu pada 4 November 2015, berikutan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, dua bulan sebelum itu.

"Menteri itu telah mengarahkan DBKL untuk memohon tanah yang hendak dinyahwartakan itu pada 28 September 2015, bagi membina rumah gantian untuk 640 unit bagi penduduk di rumah pangsa Sri Labuan. Ia juga telah memutuskan bahawa tanah itu akan dijual kepada Sinerjuta Sdn Bhd.

"Jawapan menteri (pada tahun 2015) telah menunjukkan kelulusan awal pelan telah diberikan kepada pemaju," kata Zulhazmi yang mempersoalkan bagaimana perkara itu dilakukan tanpa merujuk kepada penduduk memberi taklimat kepada mereka.

Dalam jawapan bertulis di parlimen pada 15 Mac, kerajaan mengatakan padang bola sepak itu akan dibangunkan dalam dua fasa.

Fasa pertama melibatkan 823 unit rumah mampu milik termasuk 640 unit ganti bagi penghuni flat Sri Labuan dan fasa kedua melibatkan 1,015 unit rumah yang dijual dengan harga pasaran.

Selain itu, Zulhazmi berkata penduduk di Bandar Tun Razak juga akan terjejas oleh dua projek perumahan 40 tingkat berdekatan - Residensi Razakmas dan The Holmes, yang dilaksanakan oleh pemaju Aset Kayamas, syarikat induk Sinerjuta.

Sambil menunjukkan dokumen pejabat tanah, Zulhazmi berkata penggunaan tanah bagi Residensi Razakmas (5171 meter) kekal sebagai pusat latihan DBKL manakala The Holmes (11.215 meter persegi) dikhaskan untuk pembinaan sebuah hospital.

"Bagaimana Aset Kayamas boleh membina kondominium dan pangsapuri tanpa menukar penggunaan tanah itu?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS