Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua militan rakyat Malaysia terbunuh di Mindanao
Diterbitkan:  May 26, 2017 10:31 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Dua militan rakyat Malaysia dipercayai adalah antara yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi, Mindanao, Filipina, lapor The Star hari ini.

Laporan itu, yang memetik sumber perisikan, mengenal pasti keduanya sebagai Abdulrahman Asmawi dari Kelantan dan Kamsa Yahya dari Kedah.

Menurut laporan itu, seorang warga Indonesia bernama Shei Ayman Marjuki dan warga Arab Saudi, Sheik Ahmad Balkafi, turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Sumber itu tidak menyatakan berapa ramai rakyat Malaysia dikaitkan dengan IS, berada di Marawi, tetapi ia telah dilaporkan bahawa bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad, yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah, juga berada di Marawi, untuk membantu komander Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon untuk kewujudan IS di rantau ini.

Pertempuran bermula pada hari Selasa apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu Isnilon, dan militan Abu Sayyaf yang digelar kumpulan Maute - satu lagi kumpulan militan yang telah berikar untuk sepakat dengan IS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS