Shahrizat pangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil telah dilantik sebagai pemangku Menteri Wilayah Persekutuan berikutan perletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Samad, berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil telah dilantik sebagai pemangku Menteri Wilayah Persekutuan berikutan perletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Samad, berkuatkuasa serta-merta.
Manakala perletakan jawatan Isa pula berkuatkuasa semalam. Ini dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) petang ini.
Shahrizat adalah Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai.
Sementara itu, Isa menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Zulkanain Awang di pejabatnya di Putrajaya awal pagi Sabtu lalu.
Setiausaha Politik Isa, Salim Sharif berkata, beliau diberitahu bahawa Zulkanain kemudiannya menyerahkan surat tersebut kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Shamsuddin Osman.
"Kini terpulang kepada Shamsuddin untuk menyerahkan surat perletakan jawatan Tan Sri Isa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya difahamkan beliau akan berbuat demikian sama ada hari ini atau esok," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Salim berkata, kakitangan pejabat menteri itu sedang mengemaskan barangan Isa di Putrajaya untuk diangkut ke rumah beliau di Nilai dan dijangka mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan.
Isa yang juga naib presiden Umno dikenakan penggantungan selama dua penggal atau enam tahun Lembaga Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang dalam perhimpunan agung parti September tahun lalu.
Majlis perpisahan
Pada 7 Oktober lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa tetapi mengurangkan hukuman gantungnyanya kepada tiga tahun.
Berikutan itu, Isa terpaksa melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang tetapi masih kekal sebagai Ahli Parlimen Jempol.
Salim berkata, Isa telah mengadakan majlis perpisahan dengan kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan di Labuan minggu lalu yang turut dihadiri kakitangan kanan kementerian dari Putrajaya dan Kuala Lumpur.
"Dalam perjumpaan tersebut, Tan Sri Isa menasihatkan kakitangan supaya supaya kuat bekerja dan menjalankan tugas dengan amanah," kata Salim.
Menurut Salim, untuk tempoh terdekat ini Isa enggan menemui wartawan kerana mahu berehat.
Malaysiakini cuba menghubungi Isa melalui telefon tangannya tetapi tidak berjawab.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.