Nazri akui Umno ikut jejak PAS peralatkan agama
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz hari ini mengakui Umno telah mengikut jejak PAS hingga sanggup memperalatkan agama bagi meraih undi.
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz hari ini mengakui Umno telah mengikut jejak PAS hingga sanggup memperalatkan agama bagi meraih undi.
Menurut beliau, perebutan mendapatkan undi menyebabkan kedua-dua parti menggunakan agama dan melakukan sesuatu yang sukar untuk dipercayai hingga membelakangkan kepentingan negara.
Nazri membuat pengakuan berani itu di majlis dialog dengan Majlis Peguam di ibunegara semalam.
Beliau yang bertanggungjawab terhadap potfolion undang-undang dan Parlimen berkata, Umno terpaksa mengikut rentak PAS untuk memastikan ia tidak ketinggalan dalam meraih undi orang Melayu.
"Apa yang berlaku itu adalah suatu yang tidak menguntungkan negara. Kita terheret melakukan suatu yang kita tidak percayai," kata Nazri yang juga merupakan ahli Majlsi Tertinggi Umno.
Semasa dialog itu, seorang peguam, Haris Ibrahim telah bertanya pada Nazri sama ada kerajaan telah termasuk "perangkap" kumpulan pelampau Islam?
"Kami merasakan Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah membawa nafas baru ke dalam kerajaan...tetapi kami juga bimbang ia hanya satu harapan kosong."
"Kami tidak mahu negara yang indah ini jatuh ke tangan beberapa kerat puak pelampau yang berlagak sebagai majoriti," kata peguam itu.
Dalam jawapannya kepada kenyataan Haris itu, Nazri berkata, kumpulan Islam sederhana mesti bangun bersuara walaupun mereka mungkin akan dianggap sebagai pengkhianat atau murtad.
"Masalah yang kita hadapi sekarang ialah kita terlalu bergantung pada mereka yang mempunyai ilmu atau cendiakawan Islam sedangkan anda dan saya pula adalah sekular.
"Jadi kita semua kena bersuara walaupun kita mungkin bukan majoriti," tambah beliau.
Nazri menegaskan beliau tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kumpulan yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama kena mendiamkan diri.
Menurut beliau, dari prespektif politik, jika majoriti senyap bangkit bersuara, orang-orang politik tidak mampu untuk mengabaikan kumpulan ini kerana mereka perlu setiap undi untuk memenangi pilihanraya..
Seorang peguam lain pula bertanya adakah kerajaan akan melindungi mereka yang berani bersuara dan tidak mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan
Dalam jawapan bersahajanya, Nazri berkata, soal agama memang sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan tetapi beliau yakin sesiapa yang bercakap mengenainya tahu apa yang boleh dan yang tidak boleh disentuh. Berita asal

