Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib-Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dalam krisis antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan.

" Maaf...saya tidak memberi sebarang interview kepada mana-mana pihak sekarang," katanya ketika dihubungi oleh malaysiakini hari ini.

Malaysikini cuba mendapat penjelasan dan wawancara khas dengan beliau bagi memberi peluang kepadanya mengulas dan mengupas segala dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau secara tidak langsung dalam krisis antara bekas Perdana Menteri itu dengan Perdana Menteri dan kerajaan sekarang.

Dr. Mahathir dalam satu majlis dialog di Taman Melawati, Hulu Kelang, Sabtu lalu menyebut ada kumpulan tertentu di tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, lebih berkuasa daripada tingkat 5, yakni pejabat Perdana Menteri sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu tidak meyebut nama sesiapa tetapi berkata kumpulan yang menduduki tingkat 4 itu adalah lulusan Oxford dan Cambridge.

Sekurang-kurangnya lima kali secara sinis Dr. Mahathir merujuk kepada kumpulan lulusan Oxford dan Cambridge itu dalam sesi soal jawab majlis tersebut.

Kumpulan yang sama juga dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan perjalanan operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di mana nasihat mereka perlu dipatuhi sebelum apa-apa keputusan mengenai perniagaan dibuat.

Beliau turut menggelarkan menantu Abdullah itu sebagai budak yang masih berhingus.

Dalam majlis dialog selama hampir dua jam itu, Dr. Mahathir beberapa kali menyindir Abdullah yang dikira tidak dapat membuat keputusan penting untuk negara, sebaliknya tertakluk kepada nasihat pihak lain yang ditujukan kepada Khairy dan kumpulannya


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS