Isu imigran haram: Pemimpin Sabah bidas Nazri
Seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional Sabah membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana memandang ringan masalah pendatang asing di negeri itu.
Seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional Sabah membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana memandang ringan masalah pendatang asing di negeri itu.
Pemimpin Parti Progresif Sabah (Sapp), Tham Nyip Shen yang juga penasihat sains dan teknologi kerajaan negeri terkejut dengan kenyataan Nazri di Parlimen baru-baru ini yang menganggap kehadiran pendatang asing termasuk mereka yang memiliki dokumen IMM12 tidak menimbulkan masalah keselamatan, sosial dan ekonomi di Sabah.
Tham yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri dalam kenyataannya di sebuah akhbar tempatan Sabah berkata, beliau amat terkejut kenyataan itu keluar dari mulut seorang menteri kanan seperti Nazri.
"Dia seperti memberi gambaran bahawa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia, oleh itu masalah ini bukan masalah Malaysia," katanya.
Tham juga mengulangi bahawa masalah imigran haram di Sabah benar-benar wujud dan sangat serius hingga membebankan kerajaan negeri sejak sekian lama.
Menurutnya, masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing ini terlalu banyak dari jenayah kecil seperti pecah rumah dan meragut yang dilakukan oleh kanak-kanak pendatang yang terbiar hinggalah kepada jenayah serius termasuk pembunuhan dan penculikan seperti yang pernah berlaku di pulau Sipadan.
Katanya lagi, jika Nazri benar-benar tidak tahu tentang ancaman dan masalah pendatang asing di Sabah ini, lebih baik beliau menutup mulutnya atau memberi peluang kepada orang lain yang lebih tahu bercakap mengenainya.
Isu masalah imigran haram di Sabah itu dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Tangau.
Tham menyokong inisiatif Tangau membangkitkan isu di Parlimen. Beliau juga mahu anggota Parlimen lain dari Sabah mengikut dan menyokong tindakan Tangau itu.
Menyentuh tentang projek pengeluaran kad pengenalan yang dikenali sebagai 'Projek Dr.M' yanga didedahkan oleh pemimpin Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong baru-baru ini, Tham berkata kerajaan mesti menyiasat dengan menyeluruh dakwaan tersebut dan mengumumkan kepada umum hasil siasatan berkenaan.
Katanya, isu orang asing memiliki kad pengenalan palsu di Sabah bukan perkara baru dan tidak sepatutnya dipandang remeh oleh sesiapapun. Berita asal
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.