Buku laporan Ketua Audit Negara setebal lebih 800 muka surat ini meneliti dan mengesan kelemahan dalam pengurusan dan pentadbiran kewangan kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan sepanjang tahun 2005.

Kementerian Kewangan

1. Program Pembiayaan Dana Khas

Program ini diwujudkan pada Disember 2000 untuk melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat miskin, khususnya petani, usahawan kecil, nelayan, pelajar dan penduduk kampung. Semakan audit mendapati:

Tiga mesin tenunan songket berkomputer bernilai RM270,000 di Pusat Pembangunan Kraf Terengganu tidak digunakan dan hanya jadi bahan pameran kerana masih perlukan bantuan manual.

Di Kedah, wang dana berjumlah RM701,222 telah digunakan untk tujuan lain seperti pembelian pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sempena hari Kemerdekaan, bayaran membekal permaidani untuk pejabat Menteri Besar dan peralatan penggambaran untuk krew NTV7.

Jawatankuasa Dana Khas pusat tidak melaburkan lebihan dana khas untuk mendapatkan pulangan terbaik walaupun pada akhir tahun 2005. Dana khas itu mempunyai baki RM2.53 bilion.

2. Perbendaharaan/Pengurusan Tabung Bantuan Bencana Negara

Sejumlah RM114.46 juta telah dibelanjakan dalam tempoh tahun 2002 hingga 2005. Semakan Audit mendapati beberapa kelemahan seperti berikut:

Bantuan berjumlah RM12.06 juta lewat diagihkan kepada mangsa antara 24 hingga 527 hari.

Lebihan wang bantuan berjumlah RM6.70 juta masih disimpan agensi pelaksana.

Program pembaikan/pembinaan rumah mangsa tsunami di Kedah dan Pulau Pinang dengan kos RM9.82 juta dan program pembaikan dan pembelian pukat, enjin dan bot bagi mangsa terbabit membabitkan RM9.84 juta tidak diurus dengan teratur.

Bengkel membaiki enjin dan bot tidak dibina walaupun perbelanjaan RM32,180 telah dituntut dan dibayar. Bot baru tidak berkualiti dan terpaksa dibaiki kerana bocor.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pengurusan cukai syarikat broker saham.

Pendapat komisen syarikat broker saham boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Semakan Audit mendapati:

Penyata bayaran duti setem jual beli saham bagi tujuh syarikat broker saham berjumlah RM170.82 juta tidak disokong dengan maklumat lengkap bagi membolehkan pihak LHDN mengesah ketepatan duti setem yang dipungut.

Sembilan syarikat broker saham telah menuntut peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk berjumlah RM218.35 sebagai potongan bagi pengiraan pendapat bercukai, tanpa mengemukakan maklumat berkenaan.

Enam syarikat saham menuntut bayaran pengurusan berjumlah RM27.42 juta bagi tujuan pengiraan cukai tanpa mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk pengesahan.

LHDN tidak mempunyai pengawai penaksir yang mencukupi untuk membuat taksiran cukai pendapatan syarikat, termasuk syarikata beroker saham.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

1. Aktiviti kastam di zon perdagangan bebas

Bagi tempoh 2003 hingga 2005, cukai berjumlah RM17.24 bilion dikutip melalui stesen kastam di Pasir Gudang, Johor serta Pelabuhan Barat dan Utara di Selangor. Pengauditan mendapati perkara berikut:

Jabatan Kastam tidak mempunyai cukup anggota untuk ditempatkan di setiap pintu utama kastam. Ini boleh menyebabkan barangan keluar masuk zon tanpa pemeriksaan dan kawalan kastam.

Tidak mengambil tindakna susulan yang berterusan terhadap borang ikrar (Borang Kastam No. 8) yang tidak dikembalikan bernilai RM1.72 bilion dan yang berstatus 'temporary release' berjumlah RM1.04 bilion.

2. Aktiviti pasca import

Tunggakan cukai berjumlah RM15.03 juta tidak dapat dikutip ekoran kelewatan Jabatan Kastam membuat penilaian terhadap dagangan yang diimport.

Kekurangan pegawai yang ketara di Unit Pasca Import Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Jabatan Perikanan Malaysia

Program pengurusan dan pemulihan penyu.

Beberapa aspek pengendalian telur penyu dan pengurusan pusat pengeraman telur penyu tidak mengikut garispanduan Jabatan Perikanan.

Lapan kawasan pantai pendaratan dan penetasan telur penyu belum diwartakan dan hanya dirizabkan.

Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan jabatan tidak dapat beli semua telur penyu yang dipungut.

Pembinaan pusat penyelidikan perikanan air tawar Gelami Lemi di Jelebu Negeri Sembilan bernilai RM65.51 juta lewat dua tahun dan haenya siap pada Julai 2005.

Jabatan Kerja Raya

Projek pembinaan jalan dan penstabilan cerun dari Gap ke Bukit Fraser.

Projek lewat lapan bulan kerana pelbagai masalah. Siap pada Ogos 1997 tetapi ditutup semula pada Jauari 2003 kerana berlaku runtuhan cerun yang berterusan.

Lawatan Audit ke tapak projek pada September 2005 mendapat kerja penyelenggaraan jalan tidak memuaskan. Sampah sarap dan batu krikil dalam longkang tidak dibersihkan dan rumput penahan tidak tumbuh dengan sempurna.

Pihak Audit mengesyorkan supaya JKR mendapatkan pandangan pakar lain bagi mengatasi masalah runtuhan cerun bagi membolehkan jalan itu dibina dan digunakan dengan selamat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

1. Pengurusan tempat letak kereta terkawal

Perlantikan operator bagi menguruskan 10 tapak letak kereta berdasarkan permohonan individu.

Kesemua operator lewat membayar sewa tapak letak kereta antara 13 hingga 341 hari, tetapi DBKL tidak mengenakan caj tunggakan sebanyak 10 peratus dari jumlah sewa bulanan.

Ada operator tidak baharui polisi insurans tanggungan awam; mengenakan caj letak kereta tidak mengikut syarat perjanjian dan dan menyewa semula tapak tersebut kepada operator swasta yang lain.

2. Pembangunan projek secara pengswastaan.

Kesemua projek yang diaudit Projek City One (Jalan Munshi Abdullah), Projek Plaza Rakyat (Jalan Pudu), Projek Warisan Cityview (Jalan Cheras) dan Projek Bandar Seri Permaisuri (Bandar Tun Razak dan Desa Sri Puteri, Salah Selatan) tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

DBKL perlu mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan pemaju yang terlibat menjelaskan gantirugi yang telah dituntutnnya.

Kementerian Kesihatan

Projek pembangunan hospital baru

Projek pembinaan 33 hospital baru dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dengan anggaran kos RM7.52 bilion bagi menempatkan 9, 231 katil. Pengauditan yang dijalankan mendapati:

Kontraktor dipilih secara runding terus dan tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Dokumen kontrak lewat ditandatangani, projek lewat disiapkan dan kerja pembinaan tidak berkualiti.

Hospital Information System dikeluarkan dari pakej pembangunan hospital. Akibatnya sembilan daripada 11 kontraktor terbabit telah menuntut gantirugi berjumlah RM123.27 juta dari kerajaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Pengurusan kenderaan dan jentera.

Jabatan telah membeli 100 jet ski bernilai RM7.91 juta dan 21 motosikal (rapid intervention) bernilai RM10.63 juta. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak diguna secara optima kerana kekurangan anggota mahir untuk menggunakannya.

Kerja penyelenggaraan juga tidak dapat dijalankan mengikut jadual kerana kekurangan kakitangan dan kelewatan mendapatkan alat ganti.

Kementerian Penerangan Malaysia

Untuk jualan iklan di TV, kementerian melantik Marketing Solution Sdn Bhd untuk memasarkan masa iklan.di TV manakala agensi pengiklanan telah dilantik/ditauliah untuk bertindak bagi pihak pengiklan. Semakan audit mendapati:

Syarat perjanjian dengan Marketing Solution tidak memihak kepada kerajaan di mana kementerian perlu membayar komisen kepada syarikat itu walaupun masih belum terima bayaran bagi siaran iklan.

Contohnya, hasil jualan iklan bagi 2005 berjumlah RM56.68 juta masih belum diterima, tetapi kementerian telah membayar komisyen RM2.83 telahpun dibayar kepada syarikat tersebut.

Perjanjian yang sama juga menetapkan kerajaan perlu membayar komisyen kepada Marketing Solutions walaupun pengiklan menempah masa siasran terus dari kementerian.

Pentaulian agensi pengiklanan dilulus tanpa dokumen sokongan yang lengkap, kadar bayaran iklan masih ikut rate lama walaupun rate baru diwartakan pada 1988, dan masa siaran iklan melebihi jaminan bank yang diserahkan oleh agensi pengiklanan.

Kementerian Pertahanan

Jangka hayat kenderaan perisai tempur 20 tahun, tetapi 696 unit kenderaan perisai tempur berusia 24 tahun dengan tahap tempur antara 19.4 % hingga 79.4%. Cadang dilupuskan kenderaan terseburt, dan ganti dengan yang baru.

Kementerian Hal Ehwal Dalam negeri

Aktiviti penguatkuasaan bahagian kawalan filem.

Melakukan 9,227 operasi penguatkuasaan yang menghasilkan rampasan 947,961 unit barang.

Bagaimanapun didapati garispanduan dan prosedur penguatkuasa tidak dipatuhi sepenuhnya di mana

1. Maklumat mengenai aduan tidak dikumpul untuk disiasat.

2. Mereka yang melakukan kesalahan tidak ditangkap, hanya dikenakan tuduhan dengan mendaftar kes tersebut di mahkamah.

3. Barang rampasan tidak direkod dengan sempurna

Jabatan Pendaftaran Negara

Didapati 252,964 daripada 15.49 juta MyKad yang diproses dengan kos RM8.03 juta rosak kerana kesilapan data, imej kurang jelas, kerosakan pada cip dan kecacatan pada muka kad semasa pencetakan.

Sebanyak 52,850 MyKad dengan kos RM1.68 juta dikembali oleh orang ramai kerana masalah yang sama.

Jabatan Polis Diraja Malaysia

Jabatan menggunakan 14 kapal terbang dan 10 helikopter. Lapan pesawat tidak mempunyai Perakuan Keselamatan Terbang; 13 dihantar untuk pembaikan melebihi 100 hari, lesen 61 juruterbang telah tamat tempoh sahlaku atau lewat diperbaharui.

Membeli dua helikopter dari Airod bernilai RM117.75 juta. Tetapi tidak dapat didaftar sebagai 'civil aircraft' dengan Jabatan Penerbangan awam kerana ciri pembuatannya tidak patuhi piawaian yang ditetapkan.

Akibatnya, dua pesawat itu telah diserah kepada jabatan bomba dan penyelamat pada September 2005.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra)

Felcra ditubuhkan pada 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar melalui usaha pemulihan tanah terbiar. Pada 1997, ia dikorporatkan menjadi Felcra Berhad. Walaupun prestasi kewangan Felcra bagi tempoh 2003 hingga 2005 adalah memuaskan tetapi dari segi pengurusan ia masih mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

Perancangan Felcra kurang mantap kerana tidak menetapkan strategi dan pelan tindakan untuk mencapai objektifnya.

Tidak mematuhi beberapa peruntukan undang-undang berkaitan Akta Kawalan Bekalan 1974 bagi pengendalian baja, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bagi pelupusan sisa kilang sawit dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi kesihatan pekerja.

Tiada perjanjian ditandatangani dengan tiga broker atau ejen yang menjual minyak kelapa sawit yang dilantik oleh Felcra.

Bayaran balik Felcra kepada kerajaan masih tertunggak sebanyak RM331.79 juta.

Felcra perlu mempertingkatkan pemantauan dan penyeliaan terhadap pelaksanaan projek pembangunan serta memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemah.

Perbadanan Nasional Berhad

Pernas ditubuhkan pada November 1969 dan diswastakan pada Ogos 1996 dengan nama singkat PNS. Ia ditubuhkan untuk menggalak dan menambah penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian melalui pinjaman suntikan modal. Semakan audit mendapati kelemahan berikut:

PNS tidak mempunyai rancangan korporat dan garispanduan lengkap mengenai pengurusan kewangan, pengurusan aktiviti pelaburan dan pengurusan syarikat yang bemasalah.

Sehingga Disember 2004, sebanyak 112 syarikat diberi pinjaman berjumlah RM580.83 juta, tetapihanya 21 telah menjelaskan pinjaman mereka. Baki pinjaman RM102.55 juta telah dihapus kira dan RM273.72 juta pula dijangka tidak dapat dipungut.

PNS memperolehi hartanah bernilai RM569.25 juta di lokasi strategik untuk dibangun atau dijual pada usahawan bumiputera. Ada antaranya telah merosot nilai dan belum ditukar hakmilik kepada PNS.

Pemantauan pengurusan PNS terhadap aktivitinya adalah kurang memuaskan.

Composites Teknologi Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM)

Ditubuhkan pada November 1990 dengan objektif untuk mengembangkan bidang aero angkasa dan industri komposit. Bagaimanapun, dari segi pengurusan, ia mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

Pada akhir 2004, CTRM dan anak syarikatnya mengalami kerugian berjumlah RM2.81 juta. Jumlah ini jauh lebih rendah dari kerugian tahun 2003 sebanyak RM61.49 juta.

Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak diwujudkan serta jawatan tidak diisi di Unit Audit Dalam.

Bayaran bonus tahun 2002 berjumlah RM0.65 juta dan RM1.52 juta pada 2003 dibuat tanpa kelulusan Menteri Kewangan.

Tidak ada polisi dan prosedur secara bertulis mengenai pengambilan, pemberhentian, urusan kenaikan pangkat/gaji dan penilaian prestasi kakitangan.