Kumpulan beruniform Pemuda BN kepung calon PKR
Apr 21, 07 7:10pm
Kira-kira 20 orang - termasuk yang memakai uniform Pemuda Barisan Nasional (BN), didakwa cuba menakut-nakutkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim serta dua orang jurugambar sambilan – seorang daripadanya blogger Jeff Ooi – di Ijok petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu dikatakan berlaku hampir sebuah restoran di Batu 8 Ijok, yang terletak berhampiran pusat operasi Pemuda BN.

Pemangku Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar berkata, salah seorang jurugambar tersebut cedera dalam kejadian itu tetapi Khalid tidak apa-apa.

Menurutnya, parti itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Dalam jawapannya melalui SMS, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak tahu mengenai kejadian tersebut.

Katanya, beliau tidak tahu sebarang insiden yang membabitkan Pemuda BN dan individu-individu berkenaan.

Luka di muka

Ooi memberitahu malaysiakini, beliau serta jurugambar yang cedera itu sedang bersama Khalid di restoran berhampiran.

Mereka berdua berlindung di dalam kereta mereka selepas menyaksikan sekumpulan ‘samseng’ mengepung dan cuba menghalang kereta Khalid daripada beredar dari situ.

Ooi berkata, jurugambar yang bersamanya itu - yang tidak manu namanya disebut - kemudiannya terkena botol air yang dibaling oleh seorang lelaki yang memakai uniform Pemuda BN, mengakibatkan cermin matanya pecah dan luka di bahagian bawah matanya.

Beliau juga mendakwa, salah seorang daripada kumpulan yang mengepung mereka itu juga cuba merampas kamera mereka dalam kereta tetapi tidak berjaya.

Ooi mengesahkan yang beliau sempat merakamkan gambar insiden tersebut, tetapi berkata beliau tidak akan diedarkan kepada pihak media. Berita asal
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner