HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Perayu undi PKR terpaksa minta bantuan polis
Muda Mohd Noor
Apr 25, 07
3:46pm
Kumpulan perayu undi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa memanggil bantuan polis sebelum dapat berkempen di Ladang Coalfield, Ijok Ahad lalu.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, R Viriya berkata, beliau bersama kira-kira 20 perayu undi PKR berbangsa India, pergi ke ladang tersebut untuk menjalankan kempen dari rumah ke rumah sekitar jam 4 petang.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, berpuluh-puluh penyokong MIC menghalang mereka daripada memasuki kawasan ladang atas alasan ‘ia kawasan MIC’.

“Kami yang ketakutan menelefon polis yang tiba kemudiannya dan meminta kedua-dua pihak bertenang dan memberi kerjasama membenarkan perayu undi PKR masuk ke kawasan ladang.

“Penyokong MIC berkeras tidak membenarkan perayu undi PKR masuk, tetapi dengan campurtangan anggota polis, kami sempat pergi ke beberapa rumah peneroka,” katanya.

Bagaimanapun, Viriya mendakwa, setelah anggota polis pulang, sekali lagi penyokong MIC terbabit mengarahkan mereka keluar dari Ladang Coalfield.

Perayu undi

“Kami sekali lagi terpaksa memanggil anggota polis yang tiba kira-kira jam 7 petang dan mengiringi perayu undi PKR beredar dari ladang itu,” katanya ketika ditemui di Batang Berjuntai, semalam.

Pilihanraya Ijok yang akan diadakan Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), K Pathiban, 38, dengan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

Pilihanraya kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk K Sivalingam 4 April lalu.

Ijok yang terletak di kawasan Parlimen Kuala Selangor, mempunyai 12,272 pemilih, termasuk 39 pengundi pos. Dari jumlah itu, 51.04 peratus adalah pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina

Viriya berkata, perayu undi PKR sudah beberapa kali mencuba untuk memasuki Ladang Coalfield tetapi tidak berjaya kerana dihalang oleh penyokong MIC.

Edar cadera padat

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR, S Manikavasagam berkata, walaupun dihalang, pihaknya tetap berkempen di kawasan estet di Ijok.

Katanya, sambutan yang diterima setakat ini menggalakkan setelah beberapa pemimpin utama India dalam PKR turun padang menemui sendiri mereka.

“Kami membawa isu yang sangat dekat dan memerlukan perhatian pengundi kaum India seperti kemiskinan, pendidikan dan perumahan yang masih ketinggalan berbanding kaum lain.

“Kami bukan sahaja bertemu dan memberitahu mereka, tetapi turut mengedarkan cakera padat (VCD) dan risalah mengenai isu semasa supaya mereka lebih faham,” katanya.

Baru-baru ini, katanya, 3,000 VCD mengenai perobohan kuil di Selangor dan kematian seorang remaja India, G Francis Uddayappan diedarkan kepada pengundi India Ijok.

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner