HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Khidmat Musa Hassan dilanjutkan secara kontrak
Jul 2, 07 11:58am
Perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah dilanjutkan secara kontrak. Beliau dijadualkan bersara pada 12 September depan.

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkhidmatan Musa disambung bagi membolehkan beliau meneruskan usaha membanteras jenayah dan rasuah, demikian menurut Bernama.

"Mudah-mudahan usaha IGP itu akan berjaya," katanya di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan tempoh perkhidmatan kontrak itu. Musa dijadualkan bersara wajib pada 12 September depan.

Perdana Menteri berkata, ancaman jenayah terhadap rakyat akan dapat dihapuskan ekoran polis kini meningkatkan usaha dan operasi mereka dengan lebih hebat lagi.

Jenayah terancang

Rakyat pula, katanya, perlu bekerjasama dengan polis dalam usaha tersebut kerana masalah jenayah memberi kesan secara langsung kepada mereka.

Musa antara lain kini menumpukan usaha memerangi jenayah termasuk kumpulan jenayah terancang dan mereka yang dilindungi oleh orang kenamaan.

"Sekiranya rakyat sedia bermuafakat, tidak takut kepada ugutan penjenayah, kita akan dapat kurangkan kes jenayah dengan peratus yang besar," katanya.

Abdullah berkata suatu kekuatan akan wujud jika seluruh rakyat termasuk anggota kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai sikap bersungguh-sungguh memerangi jenayah dan rasuah.

"Kombinasi ini akan memberi semangat yang baru. Kalau sebelum ini ada golongan yang takut untuk membuat laporan polis, kini mereka akan menjadi lebih berani lagi," kata Perdana Menteri.

Rakyat akan berasa lebih yakin dan selesa sekiranya mereka bersama-sama dalam kumpulan yang lebih besar, katanya.

Di perhimpunan itu, Abdullah meminta maaf kerana tersilap memilih tali lehernya yang sepatutnya merah berbintik putih seperti yang dipakai oleh semua anggota Jabatan Perdana Menteri di perhimpunan pagi ini.

"Isteri saya dah cakap pakai tie warna ini (merah berbintik putih) untuk perhimpunan pagi ini tapi saya cakap tie batik merah yang betul," katanya berseloroh.

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner