PKR S'gor nafi ada bahagian bubar
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad berkata, tidak ada bahagian di negeri itu termasuk Shah Alam, Sepang dan Kuala Langat yang dibubarkan.
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad berkata, tidak ada bahagian di negeri itu termasuk Shah Alam, Sepang dan Kuala Langat yang dibubarkan.
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan bekas timbalan menteri besar Selangor berkata, laporan media bahawa beberapa bahagian PKR Selangor telah dibubarkan adalah tidak benar.
Menurut perlembagan parti, katanya, kuasa untuk membubarkan bahagian hanya boleh dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sahaja.
Mengikut fasal 25.7 Perlembagan Parti Keadilan Rakyat, sekiranya ketua bahagian dan Ahli Jawatankuasa berhenti maka MPT akan bermesyuarat bagi memilih kepimpinan bahagian yang baru.
"Kepimpinan PKR Selangor tidak terjejas dengan laporan tersebut dan saya menganggap ia merupakan agenda kotor media arus perdana," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kepimpimpinan PKR Selangor sangat mengambil berat mengenai isu perletakan jawatan dan keluar parti dan untuk itu satu pasukan bertindak telah dibentuk bagi menanganinya secara serius.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan bekerja bagi memantap PKR Selangor dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Selain itu, katanya, bagi memperkemas dan memantapkan pasukan jentera pilihanraya di peringkat Parlimen dan Dewan Uundangan Negeri (DUN), satu konvensenyen menjana kemenangan PKR Selangor akan diadakan di Shah Alam pada 28 Julai ini.
Dr Zainal berkata, ketua bahagian Shah Alam kini dipangku oleh naib ketua Harris Abu Bakar dan Azlan Mohd Samin bagi bahagian Sepang.
Katanya, hanya dua orang - bekas Timbalan Ketua Khairuddin Karno dan bekas Ketua Angkatan Muda (AMK)Syed Nazaruddin Syed Aziz yang keluar parti di Sepang.
"Manakala AJK bahagian, AJK Wanita dan AJK AMK masih kekal dalam parti," katanya.
Mengenai bahagian Kuala Langat, Dr Zainal berkata, kenyataan media yang menyatakan jawatankuasa bahagian telah dibubarkan adalah tidak benar kerana hanya dua orang yang keluar parti.
Beliau berkata, malam ini mesyuarat khas AJK bahagian akan diadakan dengan dihadiri oleh wakil perhubungan negeri Abdul Rahim Abdul Wahab.
"Kepada yang telah meninggalkan parti saya ucapkan selamat jalan serta merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan selama ini bagi memperjuangankan keadilan dan kebebasan rakyat, "katanya.
"Kehadiran semula mereka ke dalam parti saya juga amat alu-alukan," kata Dr Zainal lagi

