Khairy dapat anak lelaki
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, menjadi seorang bapa hari ini selepas isterinya, Nori Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan seorang anak lelaki hari ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, menjadi seorang bapa hari ini selepas isterinya, Nori Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan seorang anak lelaki hari ini.
Nori melahirkan bayi seberat 3.3 kg di Pusat Perubatan Pantai pada 1.25 petang tadi.
Alhamdulillah, kami bersyukur kerana dikurniakan seorang bayi yang sihat dalam bulan Ramadan ini," kata Khairy kepada Bernama.
"Saya dan Nori juga menghargai semua ucapan selamat yang kami terima menerusi SMS dan panggilan telefon," katanya.
Ditanya mengenai nama bayi itu, Khairy berkata : "Kami ada satu senarai pendek dan kami akan membuat pilihan tak lama lagi."
Cucu Pak Lah
Mengenai wajah bayi itu pula, beliau berkata: "Mujurlah rupa anak saya ini mirip mamanya dan bukan macam saya."
Abdullah, sempat meluangkan masa untuk melawat cucu barunya itu jam 5 petang tadi.
Beliau kelihatan ceria semasa tiba di hospital itu setelah selesai melancarkan program wakaf Al-Quran peringkat kebangsaan di Auditorium Perdana, Angkasapuri.
Isteri Abdullah, Datin Seri Jeanne Abdullah, adalah antara mereka yang pertama melawat Nori dan anaknya. Jeanne yang tiba pada jam 2.15 petang.

