Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi isu, kata Anwar

Hasrat PAS untuk menubuhkan sebuah negara islam tidak lagi menjadi isu, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu, dilihat sebagai satu usaha untuk merapatkan kerjasama antara parti pembangkang dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Isu negara Islam bukan lagi satu isu bagi PAS. Mereka tidak bercakap mengenainya atau membangkitkan isu ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak fikir ianya relevan untuk dibangkitkan sekarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Petaling Jaya.

Kenyataan Anwar itu dianggap sebagai reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang menyatakan partinya hanya akan bekerjasama dengan PKR jika parti itu memisahkan dirinya dari PAS.

Kenyataan Karpal itu menarik perhatian ramai kerana ia dibuat ketika DAP dan PKR sedang berunding mengenai pembahagian kerusi.

PAS dan PKR adalah anggota Barisan Alternatif (BA). DAP keluar dari barisan pembangkang itu pada tahun 2001 selepas tidak sehaluan dengan PAS berhubung isu negara Islam.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS