Rashid cabar pembangkang boikot p'raya
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan rayaumum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihanraya di negara ini, demikian menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.
Dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Melayu itu, Abdul Rashid berkata, tidak ada gunanya pembangkang menyertai pilihanraya jika mereka tetap mengutuk serta menuduh sistem pilihanrayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.
Pengerusi SPR itu juga berkata, beliau amat kesal dengan tindakan itu dan mahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.

‘‘Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihanraya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’ katanya dalam wawancara tersebut.
Utusan memetik Abdul Rashid sebagai berkata, beliau membuat cabaran seumpama itu kepada pihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.
‘‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh PAS.
Bantahan Bersih
‘‘Begitu juga dengan pilihanraya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya.
Dalam pilihanraya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Pada November lalu, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti pembangkang, telah menganjurkan perhimpunan rakyat di ibunegara pada 10 November lalu di mana 40,000 berhimpun di Istana Negara dan wakil gabungan tersebut, yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.
Bersih turut membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan anggota SPR, termasuk Abdul Rashid untuk tempoh setahun lagi kerana mendakwa beliau gagal menjalankan tugas dengan baik dan telus.
Berikutan pindaan tersebut, perkhidmatan Abdul Rashid, 65 dilanjutkan setahun lagi mulai 27 Disember lalu. Pengerusi SPR itu berkata BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihanraya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.
Utusan juga memetik Abdul Rashid sebagai berkata: "Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihanraya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihanraya.
‘‘Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,’’ katanya.