Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan benarkan warga Israel ke M'sia
Diterbitkan:  Apr 14, 2008 5:34 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Kerajaan akan membenarkan kunjungan dua warganegara Israel, bersama pasukan bolaspek terkenal Chelsea, ke Malaysia pada Julai walaupun negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan regim itu.

"Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia.

"Dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka," kata menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.

" Mereka adalah satu pasukan sukan dengan dua warga Israel. Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah.

"Melainkan ada pihak yang ingin membantah, kami boleh benarkan mereka.

"Kami kena melihat kes-kes seperti ini daripada satu kes ke satu kes. Kami tidak mahu campurkan antara politik dan sukan," katanya, lapor Bernama .

Jurulatih Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanannya Tal Ben Haim merupakan warga Israel.

Pasukan itu dijangka beraksi di Malaysia pada Julai ini sebagai sebahagian jelajah musim panas kelab itu di Asia.

Atlet Israel dibenarkan memasuki Malaysia kali terakhir sewaktu kejohanan kriket Trofi ICC pada 1997 yang mendapat bantahan di Kuala Lumpur, antaranya oleh Pemuda PAS.

ADS