Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cabul: Polis siasat bekas menteri
Diterbitkan:  Apr 22, 2008 11:32 PM
Dikemaskini: 5:10 PM

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas menteri melakukan jenayah seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan stesen Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di ibu pejabat polis daerah Brickfields pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 14 April lalu, mangsa yang juga pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Kelab Rotary bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Bernama , Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut menegaskan, polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil bekas menteri terbabit untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanahair.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.

Jika sabit kesalahan, ahli politik itu boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

ADS