Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penulis kolum dan aktivis Hishamuddin Rais melancarkan buku terbarunya Keganasan, Penipuan dan Internet yang memuatkan kumpulan tulisan beliau yang disiarkan di akhbar dan internet.

hishamuddin rais Majlis pelancaran buku tersebut diadakan di Bau Bau Cafe belakang Pasar Seni, Kuala Lumpur malam tadi.

Buku kedua Hishamuddin, selepas Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya , memuatkan tulisan beliau yang pernah disiarkan di akhbar Suara Keadilan , Oriental Daily dan blog Malaysia Today .

Buku pertama beliau hasil kumpulan artikel di Malaysiakini sebelum ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April 2001.

Buku terbarunya itu, terbitan Pusat Maklumat dan Penyelidikan Pembangunan (SIRD), boleh dibeli di semua kedia buku utama mulai minggu ini.

keganasan penipuan dan internet Pengarah filem terkenal Amir Muhammad turut hadir di majlis ini. Amir terkenal dengan kompilasi bukunya The Politician Says the Darndest Thing.

Malam tadi, beliau membaca 13 petikan menarik daripada buku aktivis politik itu yang menyentuh beberapa isu, antaranya, Umno dan golongan kiri.

Selain itu, exco pelancongan, hal-ehwal pengguna dan alam sekitar negeri Selangor Elizabeth Wong, yang juga seorang aktivis dan penulis blog, turut memeriahkan majlis.

Majlis diakhiri dengan persembahan beberapa pemuzik indie dan deklamasi sajak oleh pemuisi terkenal Pyanhabib.

Lagu-lagu yang dimainkan, umumnya tentang protes, termasuk isu Altantuya.

Selain menulis, Hishamuddin juga pernah menjadi pensyarah filem di Akademi Seni dan Warisan (Aswara).

ADS