Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengendali Malaysia Today - yang kini ditahan kerana enggan membayar ikatjamin - enggan untuk berjumpa dengan sesiapa pun, termasuk isterinya, Marina Lee Abdullah.

raja petra court case 060508 marina lee abdullah Ketika dihubungi pagi ini, Marina berkata, beliau pergi ke penjara Sungai Buloh untuk menemui Raja Petra dan untuk bertanya sama ada beliau mahu ikatjamin dibayar hari ini.

"Pegawai di kaunter pendaftaran memberitahu saya bahawa suami saya enggan menemui sesiapapun termasuk saya," katanya kepada Malaysiakini.

Marina berkata, beliau berkeras mahu menemui timbalan warden untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selepas menemui timbalan warden itu, Marina berkata, beliau mengesyaki “ada sesuatu yang tak kena” dan mendesak timbalan warden itu memberitahunya sama ada suaminya telah diberi makanan.

raja petra and judiciary court law “Pegawai itu memberitahu saya bahawa mereka beri dia kopi, minuman dan makanan tetapi suami saya tak mahu makan dan berulangkali berkata beliau tidak mahu menemui sesiapa pun, peguam ataupun anggota keluarganya,” kata Marina tenang.

"Saya tidak salahkannya tetapi dia adalah suami saya dan…jika kami pun dia tak mahu jumpa, ini satu berita buruk,” katanya.

Marina tetap berkeras mahu menemui suaminya tetapi diberitahu oleh timbalan warden tersebut bahawa tahanan juga mempunyai hak mereka dan Raja Petra juga berhak untuk berjumpa atau makan makanan yang disaji padanya.

Cuba lagi esok

Selepas mendapat pesanan suaminya untuk mendapat kaca matanya, Marina pulang ke rumah dan datang semula bersama peguam Matthias Chang petang tadi untuk mendapatkan surat dari suaminya sebagai bukti dia benar-benar enggan untuk bertemu sesiapa termasuk anggota keluarganya.

“Pegawai penjara memberitahu saya yang tahanan tidak dibenarkan memberi apa-apa dari dalam penjara kerana itu adalah peraturan di situ,” kata Marina.

Malah, peguam Chang pun tidak dapat menemui Raja Petra.

Menurut Marina, beliau akan cuba lagi untuk menemui atau berhubung dengan suaminya esok.

raja petra court case 060508 petra lockup Semalam, Raja Petra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung satu artikel yang ditulis dalam lamanwebnya itu.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel yang berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kesnya ditetapkan didengar pada 6 hingga 10 Oktober dan dibenarkan ikatjamin RM5,000,

Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin itu dan ditahan di pusat remah Kuala Lumpur.

ADS