Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mokhzani pula keluar Umno
Diterbitkan:  May 21, 2008 12:48 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani, hari ini mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno, mengikut jejak langkah bapanya yang berbuat demikian dua hari lalu.

mokhzani mahathir Mokhzani berkata beliau telah menghantar surat mengenai perkara itu ke pejabat Umno bahagian Merbok menerusi faksimili semalam.

"Saya membuat keputusuan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar," katanya dalam laporan Bernama .

Mokhzani, 47, bekas ketua Pemuda bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.

Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga ahli parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan segera "bagi menyelamatkan Umno".

Dua hari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau meninggalkan Umno kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan menyatakan akan kembali menyertai parti itu selepas Abdulllah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Di Sungai Petani, timbalan ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepimpinan Umno bahagian kerana beliau hanyalah seorang ahli biasa Umno dari cawangan Sungai Layar Hujung.

"Beliau tidak lagi aktif selepas tempoh jawatannya sebagai ketua Pemuda bahagian berakhir pada penggal lepas," katanya kepada agensi berita itu.

Tajul Urus berkata seorang lagi anggota Umno dari Bahagian Merbok yang uga Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid, turut eninggalkan parti itu.

Katanya Anuar telah menghantar sepucuk surat untuk keluar dari Umno hari ini.

Tajul Urus berkata Anuar adalah Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian yang dilantik.

"Umno Bahagian tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan kedua-dua mereka keluar dari parti kerana setakat ini tiada sesiapapun yang mengikuti langkah mereka," katanya.

ADS