Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan SAPP tidak sebulat suara?
Diterbitkan:  Jun 19, 2008 12:45 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Keputusan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dipercayai bukan keputusan sebulat suara pucuk pimpinannya.

Timbalan Presiden, Raymond Tan - yang tidak hadir dalam sidang akhbar ketika Presidennya, Datuk Yong Teck Lee mengenai perkara tersebut semalam - berkata beliau "keliru dan malu" dengan tindakan SAPP itu.

Katanya, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.

Raymond berkata adalah tidak elok bagi parti tersebut bertindak sedemikian memandangkan Abdullah juga merupakan pengerusi BN.

Beliau menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak menghormati perdana menteri.

Raymond adalah timbalan ketua menteri Sabah dan menteri infrastruktur negeri.

Keempat-empat ahli dewan undangan negeri (Adun) SAPP tidak hadir di sidang akhbar tersebut.

SAPP juga mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).

SAPP akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya esok untuk memutuskan sama ada ia akan kekal atau keluar dari BN.

ADS