Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kepimpinan Khairy dicabar di Rembau
Diterbitkan:  Jun 22, 2008 9:42 PM
Dikemaskini: 7:57 PM

Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Rembau hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda bahagian dalam pemilihan parti kali ini.

Azman Mohd Sah berkata pergerakan Pemuda Umno bahagian berkenaan memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda dalam pilihanraya semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja," katanya dalam satu sidang akhbar di Seremban.

"Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan di dalam pergerakan ini," tambahnya.

khairy jamaluddin Menurut laporan Bernama, Khairy juga merupakan naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sokong MB

Dalam pilihanraya umum lalu, Khairy berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau.

Azman, 37, seorang ejen insurans, adalah juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau.

Azman mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan ketua Pemuda cawangan di bahagian itu. Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.

"Saya dan rakan-rakan Pemuda di bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.

"Kami turut menyokong pencalonan menteri besar sebagai naib presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu," katanya.

ADS