ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Ada pemimpin Pakatan dengki pada Anwar
Aug 8, 08 8:43pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihanraya kecil  Permatang Pauh, 26 Ogos ini, demikian lapor Bernama hari ini.

Agensi berita nasional itu melaporkan menteri besar Kelantan  berkata, terdapat pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.
    
"Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran MATA peringkat negeri hari ini.
    
Beliau mengulas hasrat Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
 
Pilihanraya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.
    
Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.
    
"Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi ahli parlimen di Dewan Rakyat," katanya.
    
Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, PAS harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen itu.
    
Katanya, beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan PAS, namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.
    
"PAS perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa," katanya.
    
Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati penasihat PKR itu merupakan pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner