Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mendakwa, sudah ada tanda-tanda sebahagian ahli parti itu yang tidak lagi menghormati peranan majlis syura ulama PAS.

harun din Katanya, majlis syura ulama telah membuat keputusan sebulat suara untuk disampaikan kepada orang yang patut dilaksanakan.

Bagaimanapun, beliau agak terperanjat apabila menrima sepucuk surat meminta ahli syura mengadakan perbincangan mengenai keputusan tersebut.

"Saya diminta membuat dialog dan penjelasan kepada orang yang tidak setuju dengan muqabalah.

"Dalam perlembagaan parti keputusan majlis syura ulama perlu dipatuhi dalam gerakan dan pentadbiran PAS.

"Saya dan ahli majlis lain didakwa tidak ambil kira sensitiviti mengenai politik semasa," katanya ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh perwakilan semasa sesi perbahasan ucapan dasar presiden.

Tentu halatuju parti

Beliau dipercayai merujuk kepada isu pertemuan antara pemimpin PAS dengan Umno yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat Islam baru-baru ini.

Haron berkata, beliau membuat keputusan tersebut setelah bertanya kepada semua dewan ulama negeri dan semuanya setuju dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, majlis syura ulama telah mengadakan mesyuarat untuk menentukan hala tuju parti pada 23 April lalu.

"Dalam mesyuarat itu sebulat suara bahawa PAS setuju menyarankan supaya tiga pemimpin - presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung - mencari jalan untuk memperkasakan Islam untuk perpaduan ummah.

"Mereka merupakan wakil rasmi PAS dengan pihak yang hendak kita hendak temui kerana mereka yang hendak jumpa," katanya.

Haron berkata, isu itu menjadi kecoh "apabila kita tidak cukup disiplin, sebaliknya seolah-olah Umno yang lebih berdisplin".

PAS juga parti dakwah

Katanya, dalam mesyuarat kali kedua, 13 dari 15 ahli majlis syura ulama membuat keputusan supaya pertemuan itu diteruskan.

"Jika kita tidak percaya dengan ilmu mereka (ahli majlis syura) siapa lagi yang kita hendak percaya," katanya.

Haron berkata, PAS bukan hanya sebuah parti siasah sahaja tetapi juga parti dakwah.

Tetapi, katanya, bagaimana ia hendak berdakwah jika pintu rundingan ditutup.

"Majlis Syura telah menunaikan amanah menasihatkan parti dan dalam soal itu. Majlis Syura tidak terguris tetapi ada ahlinya yang menjadi demikian.

"Jika ulama Syura tidak boleh menyelesaikan masalah, PAS akan tumbang," katanya lagi.

ADS