Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekurang-kurangnya 150 orang berhimpun di sekolah Tamil Effingham di Bandar Utama semalam kerana membantah penjualan tanah yang didakwa mencurigakan, yang membabitkan sekolah berkenaan dan MIC.

Mereka yang hadir terdiri daripada anggota Pergerakan Belia Prihatin (CYM) dan ibubapa pelajar sekolah berkenaan.

effingham school 050808 protest Presiden penaja CYM, G Manivanan Gowin berkata hari ini, kempen mengutip tandatangan juga dilancarkan selama seminggu untuk mendapatkan sokongan bagi menuntut semula tapak tersebut.

"Kami mendapat 300 tandatangan dan merancang untuk mengadakan protes yang lebih besar lagi untuk mengutip lebih banyak tandatangan," katanya.

"Apabila selesai dilakukan, kami akan berbincang apa nak dibuat dengan petisyen tersebut - mungkin menghantarnya kepada kementerian atau pemimpin berkaitan dalam kerajaan pusat," tambahnya.

Isu mengenai tapak tersebut timbul apabila akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, melaporkan pada 4 September lalu bahawa MIC, antaranya, memiliki tanah seluas 24,000 meter persegi bersebelahan dengan sekolah tersebut. Pemajunya telah memperuntukkan kawasan tersebut untuk kemudahan awam.

effingham school 050808 school Tanah tersebut telah diserahkan kepada kerajaan negeri, tetapi kemudiannya diperolehi oleh pihak-pihak persendirian termasuk MIC. Tanah tersebut telah dimajukan untuk tujuan komersial.

Setiausaha Agung MIC, S Subramaniam telah menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam perkara tersebut, dan menegaskan ia dilakukan mengikut undang-undang.

Manivanan bagaimanapun berkata, CYM sedang menimbang untuk membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pihak polis supaya menyiasat perkara itu.

Beliau mendakwa, pihak polis dan BPR telah gagal menjalankan siasatan yang sempurna terhadap penjualan tanah tersebut.

Manivanan mendakwa, tanah tersebut adalah milik sekolah berkenaan.

mic malaysia indian congress MIC, tegasnya, mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat India Malaysia.

"MIC mendakwa menjadi penyelamat masyakarat tersebut. Jika begitu, mereka mesti memulangkannya (tanah tersebut) kepada pihak sekolah.

"Ini akan memastikan bahawa masa depan ratusan anak kaum India terpelihara," kata Manivanan.

CYM komited - dengan kerjasama ibubapa - untuk berjuang bagi mendapatkan semua tanah tersebut.

"Kita akan berbincang dengan pasukan peguam kita dan tengok sama ada kita patut ambil tindakan undang-undang," tambah Manivanan. Berita asal

ADS