Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Empat pemimpin Hindraf disiasat polis
Diterbitkan:  Oct 14, 2008 11:54 AM
Dikemaskini: 12:07 PM

Empat pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), yang didakwa menimbulkan kekecohan di rumah terbuka Aidifitri perdana menteri, akan disiasat polis petang ini.

Penyelaras kebangsaannya S Jayathas; A Nageswary, isteri pengerusi gerakan itu P Waythamoorthy; dan dua lagi penyelaras K Selvam dan R Kannan dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini.

Notis memanggil mereka dikeluarkan oleh pegawai penyiasat ASP Sidney Clyde Jeremiah.

Mereka disiasat menurut Seksyen 27(5) Akta Polis bagi kesalahan berhimpun secara haram, dan menceroboh bawah Kanun Keseksaan.

Pada 1 Oktober, kira-kira 500 penyokong Hindraf didakwa menyerbu rumah terbuka rasmi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di di Pusat Dagangan Dunia Putra (PwTC), Kuala Lumpur.

Selain bermaaf-maafan, kunjungan itu didakwa bertujuan menyampaikan hasrat mereka agar kerajaan membebaskan lima tokoh mereka yang kini sedang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Taiping.

Bagaimanapun Hindraf menafikan ia menyerbu atau menimbulkan kekecohan di majlis itu seperti laporan beberapa media.

Laporan penuh di sini

ADS