Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan terhadap Nazri ditangguh ke minggu depan
Diterbitkan:  Nov 17, 2008 3:01 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Keputusan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat, akan diketahui minggu depan.

parliament house leak leakage 050508 wan junaidi Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu yang sepatutnya diumumkan hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana menteri terbabit tidak hadir dalam sidang dewan kerana mengikuti rombongan rasmi Perdana Menteri ke Uzbekistan, Kyrgystan dan Turkmenistan.

"Saya dah siap buat penyelidikan saya tetapi masalahnya menteri (Nazri) berada di luar negara selama satu minggu dan dijangka balik hujung minggu ini.

"Amalan yang saya lihat di Kanada, India dan United Kingdom bahawa apabila khususnya peraturan 36 (12) ini dibangkitkan, kedua-dua pihak yang membangkitkan dan ditujukan masalah ini perlu hadir dalam dewan.

"Dengan keadaan sedemikian, saya tak dapat buat keputusan dengan ketidakhadiran menteri itu sendiri dalam mesyuarat ini. Keputusan itu minggu depan dan beri notis (kepada kedua-duanya)," kata Wan Junaidi di Dewan Rakyat hari ini.

bar council debate on judicial commission 250407 nazri abd aziz Menurut laporan Bernama, pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu, berkata mereka bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Pada 10 November pula, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) juga membangkitkan mengenai jawapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron di bawah peraturan 36 (12) yang mana di dalam jawapan itu menyebut pelantikan naib canselor memerlukan orang yang berkelayakan.

Lim berkata kenyataan Idris itu menyebabkan bekas Naib Canselor UM Datuk Rafiah Salim mendakwa beliau dituduh, dihina dan prestasinya tidak baik dan oleh itu memerlukan satu permohonan maaf dan memperbetulkan kenyataan berkenaan.

Wan Junaidi kemudian menetapkan keputusan berkaitan perkara yang dibangkitkan Lim itu juga akan dibuat pada hari sama dengan isu yang dibangkitkan Karpal.

ADS