Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walaupun sudah tiada lagi, namun nama bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail terus menjadi sebutan pemimpin parti-parti politik yang berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

razali ismail Umno memaparkan calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Salleh sebagai seorang yang menyamai rekod prestasi Razali sebagai seorang ahli Parlimen yang berorientasikan rakyat.

Wan Ahmad Farid sendiri berikrar akan meneruskan legasi Razali, seperti meneruskan kelas-kelas tuisyen bagi golongan yang tidak bernasib baik.

PAS pula turut memanfaatkan imej Razali sebagai seorang ahli politik yang 'bersih' dalam sebuah parti yang korup, yang akhirnya dipinggirkan kerana enggan terbabit dalam politik wang dalam pemilihan parti.

kuala terengganu by election pakatan ceramah perdana 060109 mustafa ali andanwar Dalam ceramahnya di Pantai Tanjung malam tadi, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustaffa Ali memberitahu kira-kira 5,000 hadirin bahawa Razali telah menjadi mangsa konspirasi dalam Umno.

Mustaffa mendakwa, walaupun Razali seorang timbalan menteri, namun para perwakilan pilihannya ke perhimpunan agung Umno (dikenali sebagai G7) telah ditolak.

Beliau mendakwa, Razali enggan menggunakan wang dan kerana itu beliau tewas dalam pemilihan Umno bahagian Kuala Terengganu.

Walaupun seorang timbalan menteri, kata Mustaffa, para perwakilan pilihan Razali telah tewas kerana beliau enggan terbabit dalam politik wang.

Kemudian, katanya, Razali cuba bertanding jawatan naib ketua bahagian Kuala Terengganu tetapi kalah kepada calon yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sehubungan itu, Mustaffa bertanya, bagaimana Umno boleh mendakwa menghormati Razali jika mereka melayannya sedemikian rupa semasa hidupnya.

kuala terengganu by election pakatan ceramah perdana 060109 hadi awang Hadi 'puji' Razali

Umno Kuala Terengganu diketuai oleh Wan Ahmad Farid, manakala abangnya, Datuk wan Hishm menewaskan Razali dalam pemilihan peringkat bahagian tahun lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut berucap di ceramah tersebut, memuji imej 'bersih' Razali.

Malah, katanya, jika Razali masih hidup, beliau mungkin akan menyertai PAS.

Abdul Hadi adalah antara tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir di ceramah tersebut bersama pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dari DAP.

ADS