Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Poster Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditampal di sekitar kawasan kolej kediaman, fakulti dan bangunan pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan mengadakan pilihanraya kampus Khamis ini.

Kewujudkan poster pemimpin utama PKR itu bagaimana menjadi misteri apabila kedua-dua pihak - pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi - menafikan menampal poster tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini , jurucakap Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang pro-Mahasiswa, Mohd Farid Abdullah mengesahkan adanya poster Anwar sebesar A4 berwarna oren - warna yang mewakili pro-Mahasiswa - ditampal, antaranya di perhentian bas, di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Bangunan Pusaneka dan kolej-kolej kediaman.

Malah, katanya, poster yang memaparkan gambar Anwar sedang mengangkat tangan, turut memapar lambang pro-Mahasiswa.

Bagaimanapun, Mohd Farid yang juga pelajar kejuteraan menafikan poster tersebut ditampal atau ada kaitan dengan jentera kempen pro-Mahasiswa.

"Ia bukan dari GMUKM. Ia datang datang dari pihak luar," kata Farid sambil menambah kemungkinan poster tersebut ditampal oleh orang yang berkepentingan.

Beliau menganggarkan lebih 200 poster Anwar ditampal di kawasan-kawasan tersebut.

Pilihanraya kampus di UKM Khamis depan akan mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.

Sementara itu, calon umum pro-Aspirasi, Sarfarizmal Md Saad turutnya, kumpulan berkenaan terbabit menaikkan poster Anwar itu.

Beliau juga menyatakan kesalnya dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang memaparkan poster pemimpin PKR itu sewaktu berlangsungnya kempen pilihanraya kampus.

"Tak perlu masukkan politik luar ke dalam kampus," katanya.

Sarfarizman berkata poster-poster itu turut ditampal di Fakul Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Ekonomi dan Peniagaan.

ADS