Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badan khas siasat isu deraan SPRM
Diterbitkan:  Jan 30, 2009 7:30 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan seorang pemimpin Umno Maran didera oleh pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menyatakan ia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi dengan pegawainya yang terlibat sekiranya dakwaan itu berasas, lapor Bernama .

"SPRM juga memberi jaminan penyiasatan ini akan dilakukan secara profesional dan adil.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission "Penyiasatan dalaman itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Aduan yang dibentuk di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009," katanya hari ini.

Jawatankuasa Aduan itu terdiri daripada lima ahli yang dilantik (bukan pegawai SPRM) bagi memastikan sebarang aduan salah laku yang dikendalikan dengan bebas dan telus mengikut prosedur ditetapkan.

Menurut agensi berita itu, SPRM juga meminta polis mengambil tindakan segera ke atas laporan Halimi Kamaruzzaman kelmarin berhubung dakwaan serius dan mengejutkan itu.

"Sekiranya dakwaan itu tidak benar dan berunsur fitnah, satu tindakan wajar diambil ke atas pengadu yang telah membuat laporan palsu itu," katanya.

Katanya, pegawai SPRM Pahang juga turut membuat laporan polis berikutan terdapatnya ugutan-ugutan bagi tujuan memburukkan imej suruhanjaya kepada pihak tertentu.

Dalam aduan polisnya, ahli jawatankuasa bahagian itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau ditendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," lapornya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

ADS