Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Utamakan calon kalis sogokan dan ugutan
Diterbitkan:  Feb 12, 2009 2:19 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya ditonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan dan ugutan, bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

anwar ibrahim permatang pauh by election 030209 02 Sambil menyifatkannya sebagai keperluan mendesak, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata:

"Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpencil."

Menulis dalam blognya, Anwar berkata, Naib Presiden PKR, Azmin Ali telah mula menggerakkan jentera pilihanraya bagi DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti itu di Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam.

"Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka," kata beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!" tambahnya.

Selain PKR, parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, turut menyatakan hasrat mereka untuk meletakkan calon masing-masing bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Ramai berminat

DAP dan PAS, malah Hindraf yang telah diharamkan, berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat esok berhubung pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Dalam hubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan tentang keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat.

potential non pkr candidates for bukit selambau by-election 110209 v arumugam  kedah pkr executive councillor Kerusi DUN Bukit Selambau kosong ekoran keputusan penyandangnya, V Arumugam meletakkan exco kerajaan negeri dan Adun kawasan berkenaan atas alasan tidak tahan dengan ugutan pihak tertentu yang memaksa meninggalkan PKR dan menyertai BN.

Arumugam - yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum lalu sebagai calon bebas sebelum menyertai PKR.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya. Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

ADS