Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM akan siasat Speaker Perak
Diterbitkan:  Feb 20, 2009 4:45 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan salah guna kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu.

ahmad said hamdan aca bpr boss Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata dakwaan kes salah guna kuasa terhadap Sivakumar itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.

"Jika benar terdapat penyalahgunaan kuasa SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya, lapor Bernama.

Semalam, Pemuda Umno Perak membuat laporan kepada SPRM memintanya menyiasat tindakan Sivakumar menggantung dan melarang menteri besar bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan itu berkuatkuasa serta merta.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Perak Hang Tuah Din, yang membuat laporan itu, berkata tindakan Sivakumar itu berniat jahat, bermotif politik dan menyalahguna kuasa yang diamanahkan kepadanya selain menghina dan mencabar Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pula membuat laporan polis di Balai Polis Slim River berhubung tindakan Sivakumar itu.

ADS