Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan memohon kerjasama polis bagi memastikan perhimpunan raksasa membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac ini, berlangsung secara aman.

"Kita perlukan kerjasama polis. Mereka lebih maklum (mengawal keadaan). Macam sambutan hari kemerdekataan setiap 31 Ogos, puluhan ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka (menyaksikan sambutan) tetapi keadaaan itu dapat dikawal," kata timbalan setiausaha GMP, Suhaizan Kaiat.

anti ppsmi math and science education in english school children Bagi tujuan itu, katanya, GMP akan membuat permohonan rasmi bagi mendapatkan permit dan bantuan polis bagi mengadakan perhimpunan tersebut.

Suhaizan yang juga ketua penerangan Pemuda PAS menegaskan demikian sebagai mengulas laporan media hari ini bahawa beliau memberi jaminan perhimpunan raksaksa itu akan berjalan secara aman.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Suhaizan berkata, walaupun Unit Amal PAS akan dikerahkan mengawal keadaan, tetapi bantuan polis masih diperlukan, termasuk untuk mengawal lalulintas dan membuka laluan alternatif jika perlu.

Beliau mengakui, apabila 100,000 penunjuk perasaan berkumpul, jumlah yang besar itu akan memenuhi jalanraya dan menjadikannya sesak.

Selain itu, Suhaizan berkata, "mood sekarang lembut", berbeza dengan keadaan ketika berlangsungnya perhimpunan besar anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dulu, yang menurutnya "keras".

Anwar di SCAH

Beliau berkata, ini kerana kepimpinan GMP diterajui oleh tokoh politik dan bahasa dan bukannya pemimpinan politik.

Ditanya bagaimana GMP hendak menangani elemen keganasan, sekiranya berlaku kerana pejuang bahasa tidak mempunyai pengalaman menjalankan demonstrasi, Suhaizan berkata, kehadiran kumpulan itu hanya "sebagai tokoh dan simbol",

Beliau sebaliknya menambah, kerja-kerja mobilisasi dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan dalam siri-siri jelajah mereka di seluruh negara.

Suhaizan juga mendakwa, selepas perhimpunan Bersih, mereka sudah mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan sebesar itu.

Petang ini, gabungan NGO dan sayap pemuda pembangkang itu akan mengadakan mesyuarat membincangkan hal-hal teknikal perjalanan perarakan 7 Mac depan di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara.

Manakala malam ini, tokoh pemimpin tertinggi pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir dalam sebuah forum Pakatan Rakyat berhubung isu PPSMI.

Forum akan bermula jam 9 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (SCAH) di ibu negara.

ADS