Selepas jendela perpindahan musim panas ditutup, kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL) mencatatkan sejarah tersendiri.

Seperti perjalanan yang dilalui sepanjang perlawanan, musim perpindahan juga turut melakar pahit dan manisnya. Pihak yang berjaya pasti gembira, tapi tidak kurang juga yang terlepas peluang atau tidak mampu.

Berikut adalah sejarah perpindahan yang dicipta kelab EPL pada musim panas kali ini:

* Arsenal - Hanya membeli Petr Cech dari Chelsea dengan nilai £10 juta (RM64.6 juta). Harga tersebut menjadikan Cech sebagai penjaga gol termahal sepanjang sejarah Arsenal.

* Aston Villa - Menghabiskan dana sebesar £53.2 juta (RM346.67 juta) mencatatkan rekod tersendiri bagi mereka pada musim perpindahan. Villa memperoleh dana berjumlah £44.5 juta (RM287.47 juta) dan £32.5 juta (RM210 juta) perolehan itu adalah hasil penjualan Christian Benteke ke Liverpool.

* Bournemouth - Pendatang baru EPL ini hanya membeli Tyrone Mings dengan harga £8 juta (RM51.68 juta) namun ia dianggap pembelian termahal mereka. Max Gradel pula menjadi pemain kedua termahal (£7 juta atau RM45 juta. Keseluruhannya, mereka menghabiskan £24 juta (RM155 juta).

* Chelsea - Di samping pembelian lain, The Blues membawa Baba Rahman dari Augsburg dengan harga £21 juta (RM135 juta). Dengan harga tersebut, Rahman muncul sebagai pemain pertahanan kiri termahal kedua di sepak bola Inggris, selepas Luke Shaw.

* Crystal Palace - Mencatatkan rekod dengan pembelian Yohan Cabaye. Palace menggeluarkan dana £10 juta (RM64.60 juta) untuk mendapatkan Cabaye dari Paris Saint-Germain. Secara kesuluruhan, mereka menghabiskan dana berjumlah £25.3 juta (RM163.44 juta) yang juga rekod tertinggi perbelanjaan pasukan itu pada satu musim perpindahan.

* Everton - Kemasukan Ramiro Funes Mori dianggap sebagai bek termahal dalam sejarah mereka. The Toffees membeli Mori dengan nilai £9.5 juta (61.4 juta) dari River Plate.

* Liverpool - The Reds pada musim ini menobatkan Christian Benteke sebagai pemain kedua termahal kelab dengan nilai £32.5 juta (RM210 juta) selepas Andy Carroll £35 juta (RM226 juta). Roberto Firmino pula dibeli dengan nilai £29 juta (RM187.34 juta) sebagai pemain ketiga termahal Liverpool.

Mereka menerima pulangan ketiga tertinggi dengan menjual Raheem Sterling (£49 juta atau RM325.94 juta) berbanding Fernando Torres £50 juta (RM332.59 juta) dan Luis Suarez £75 juta (RM498.88 juta).

* Manchester City - Menjadikan Kevin de Bruyne sebagai pemain termahalnya dengan nilai £54 juta (RM348.84 juta) dari VfL Wolfsburg. Pembelian itu dinobatkan sebagai rekod belanja kedua terbesar di EPL.

Selain itu, Nicolas Otamendi dengan harga £31.5 juta (RM203.5 juta) merupakan bek tengah kedua termahal yang dibeli oleh kelab EPL selepas Eliaquim Mangala (£42 juta) juga dibeli City. Jika termasuk pembelian Sterling dan Patrick Roberts, City menghabiskan dana sebesar £158 juta (RM1 bilion) sekali gus menjadi kelab yang paling banyak berbelanja pada musim ini.