Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Bajet: RM450 juta untuk Sukan Sea, Para Asean
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 5:24 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sebanyak RM450 juta diperuntukkan untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 pada tahun depan.

Menurut beliau, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.2 bilion peruntukan untuk pembangunan sukan melalui Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini.

Terdahulu, Najib yang juga menteri kewangan turut mengucapkan tahniah kepada atlet negara atas kejayaan mereka di temasya Olimpik dan Paralimpik Rio 2016.

Melalui belanjawan tersebut, sebanyak RM70 juta juga diperuntukkan bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

"Manakala RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik," katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Najib berkata sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

"RM122 juta bagi membina dan menaik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti," katanya.

 

 

Lihat Komen
ADS