Nippon Paint Bersedia Meneraju Pasaran dengan “Re:Think. Re:Create. Expo”
Dijangka berkembang 12% setahun dengan pendapatan melebihi RM500 juta pada 2013.
Shah Alam, 17 Oktober 2013: Nippon Paint, peneraju pasaran semasa dalam perniagaan cat hiasan di Malaysia yang menguasai lebih kurang 35% pasaran; berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri cat negara.
Untuk mencapai sasaran tersebut serta meningkatkan kesedaran di kalangan pakar-pakar dalam industri bahawa cat masih merupakan bahan binaan hiasan yang paling berkesan, Nippon Paint kini mengadakan “Re:Think. Re:Create. Expo” (Ekspo Ilhamkan, Ekspresikan) di kilangnya di sini.
“Re:Think. Re:Create. Expo” ini yang meliputi kawasan dalaman dan luaran seluas 12,000 kaki persegi juga mengetengahkan Nippon Paint sebagai satu-satunya syarikat pembekal “Penyelesaian Salutan Cat yang Menyeluruh” (Total Coating Solutions) di Malaysia.
“Ekspo ini direka khusus untuk pihak-pihak yang menjadi pendokong kepada kejayaan syarikat kami seperti pengedar cat, tukang cat, akitek dan pakar industri reka bentuk. Matlamat kami adalah untuk memberi dan berkongsi maklumat kepada rakan perniagaan kami dengan membolehkan mereka mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan teknologi cat. Secara langsung, kami mampu mengesyorkan produk yang lebik baik apabila berurusan dengan pelanggan-pelangan kami. Bagi profesional, pengetahuan mengenai produk-produk ini akan dapat membantu mereka memilih spesifikasi produk yang lebih baik untuk reka bentuk yang dikehendaki,” kata Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan Nippon Paint Malaysia Sdn. Bhd.
Katanya kini terdapat juga kecenderungan terhadap bahan-bahan mampan. “Oleh itu, adalah penting bagi Nippon Paint sebagai peneraju pasaran untuk sentiasa menepati aliran dan keperluan terkini bagi membolehkannya memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan dengan lebih berkesan.”
Sehubungan dengan itu, Nippon Paint telah meningkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta produk dan penyelesaian yang lebih efektif serta berinovatif.
“Kami memberi lebih perhatian kepada kefungsian, ketahanan, keberkesanan kos dan yang paling utama produk yang mesra alam serta tidak menjejaskan kesihatan. “Penyelesaian Salutan Cat yang Menyeluruh” kami memberi variasi yang paling komprehensif kepada pelanggan-pelanggan kami untuk memenuhi semua keperluan untuk pelbagai permukaan,” katanya.
Inovasi adalah amat penting bagi industri yang berkembang sebanyak 5% setahun secara organik, kata Yaw. Bertentangan dengan segala jangkaan, Nippon Paint terus berkembang dengan pendapatan hasil jualan meningkat empat kali ganda sejak 20 tahun lalu. Pada tahun lepas, pendapatan kumpulan dalam kategori cat hiasan mencecah lebih RM480 juta iaitu peningkatan sebanyak 12% daripada 2011. Pada tahun ini, mereka menjangka catatan pendapatan melebihi RM500 juta.
Nippon Paint ternyata mendahului pesaing-pesaingnya yang lain dalam bidang inovasi cat di mana ia melaburkan 5% daripada pendapatannya kepada program-program penyelidikan dan pembangunan. Tahun 2012 membuktikan komitmen Nippon Paint dalam bidang penyelidikan apabila 12 ekar kawasan tambahan yang meliputi kemudahan penyelidikan dan pembangunan bertempat di kilangnya di Shah Alam.
Penekanan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan membolehkan Nippon Paint menghasilkan lebih daripada 10,000 rumusan cat untuk pasaran hiasan, seni bina, automotif, perindustrian, salutan perlindungan dan kapal-kapal perikanan.
Ia juga banyak memperkenalkan produk-produk ‘perintis’- seperti perubahan kategori dari Nippon Odour-less kepada Nippon Spot-less dan Nippon Odour-less AirCare. Selain itu, cat kesan khas Nippon Momento Special Effects yang terkenal sebagai pengasas kepada trend dan nafas baru kepada warna. Sehingga kini, Nippon Paint tidak pernah berhenti untuk terus mencipta dan memberi inspirasi kepada industri cat negara.
Nippon Paint mempunyai rangkaian pengedaran yang kukuh dengan pemasangan melebihi 1,000 Mesin Pencipta Warna (Colour Creations Machine, CCM) di kedai-kedai di seluruh Malaysia – jumlah yang paling banyak berbanding dengan syarikat-syarikat cat yang lain. Mesin CCM ini membolehkan penjual atau pengedar mengurus inventori produk dengan lebih berkesan serta menyediakan ribuan pilihan warna sedia ada kepada pelanggan.
“Re:Think. Re:Create. Expo” yang berkonsepkan bilik pameran kini dibuka secara ekslusif kepada rakan-rakan niaga dan pakar-pakar industri. Ianya dibahagikan kepada tiga bahagian utama: Sky Garden, Lifestyle Condo dan Colour Creations Centre. Melalui bahagian-bahagian ini, Nippon Paint akan mempamerkan variasi penggunaan cat pada permukaan-permukaan unik seperti logam, kaca, lantai, kayu dan sebagainya. Secara langsung, hadirin akan didedahkan kepada kepelbagaian fungsi cat; hiasan dan perlindungan untuk pelbagai permukaan yang berbeza.
“Kami berharap ekspo Nippon Paint ini dapat menarik minat para pelawat untuk mempertimbangkan semula penggunaan cat dan pelbagai kemungkinan hasil daripada penggunaannya dalam projek-projek mereka yang akan datang. Inilah strategi utama kami dalam usaha untuk mengembangkan pasaran melalui penyelesaian yang kreatif dan mampan untuk masa depan,” kata Yaw.

Untuk maklumat mengenai Nippon Paint Malaysia sila kunjungi:
Laman Web: www.nipponpaint.com.my
Facebook: www.facebook.com/nipponpaintblobbies
YouTube: http://youtu.be/bKcVcnUnB04
Nombor Bebas Tol: 1-800-88-2663
-Tamat-
|
Dikeluarkan oleh MING, KH & ASSOCIATES SDN BHD bagi pihak Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd Pihak media boleh kemukakan pertanyaan kepada Su Wong or Devonn di Tel: 017-873 8403 & 012-3388 119 e-mel: suwong@ming-kh.com.my or devonn@ming-kh.com.my |