Pepatah ada mengatakan “Diri Anda Adalah Apa yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan dan diet seharian kita. Pemakanan yang sihat menjadi semakin penting dengan peningkatan kadar rakyat Malaysia yang mempunyai paras kolesterol tinggi, diabetes Jenis 2 dan obesiti.
Menurut keputusan kajian, pemakanan yang tinggi dalam lemak tepu dan kurang dalam serat makanan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain.
Penyakit jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca kematian di seluruh dunia. Di Malaysia, sejak 40 tahun yang lalu, penyakit ini dikenalpasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian yang tinggi. Paras kolesterol dalam darah yang tinggi, terutamanya LDL kolesterol (lipoprotein berketumpatan rendah / kolesterol tidak baik) akan mengakibatkan aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan arteri darah.
Akibatnya , serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke bahagian jantung tiba-tiba dihalang oleh pengumpulan plak LDL kolesterol yang terdiri daripada lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain .
Melalui kajian, ramai yang bersetuju dengan diet pemakanan cara barat boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Ini adalah kerana pengambilan lemak diproses, tepung putih, tenusu dan daging merah secara beransur-ansur boleh menyebabkan pengoksidaan LDL kolesterol, penghasilan radikal bebas, penipisan topi plak dan pemecahan plak dalam arteri darah, yang akan membawa kepada penyakit jantung1.
Namun berbeza pula dengan penduduk yang berada di pedalaman Negara China, yang mana penduduknya hanya mengamalkan diet pemakanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran sahaja. Penduduknya menjalani kehidupan yang sihat dan penyakit arteri koronari adalah hampir-hampir tidak wujud di sana2.
Oleh yang demikian, orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi sering dinasihatkan untuk mengambil makanan yang lebih berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan dan bijirin penuh. Makan oat adalah salah satu alternatif terbaik untuk membantu mengurangkan kolesterol secara semula jadi.
Cegah "Bug Heart" dengan Beta-Glukan daripda Oat
Oat seperti Bran Oat khususnya mampu membantu dan memberikan khasiat yang baik bagi jantung dan ini adalah kerana oat mengandungi beta-glukan, sejenis serat larut yang terdapat secara semula jadi dalam oat.
Ia terbukti secara klinikal bahawa oat beta-glukan membantu mengawal kolesterol darah dalam saluran penghadaman kita. Kolesterol ini akan "disangkut" dalam serat larut likat dan dikeluarkan daripada sistem badan kita secara semula jadi.
Dalam penyelidikan yang diadakan baru-baru ini, dengan pengambilan oat beta-glukan sebanyak 3 gram sehari dan diet yang rendah lemak tepu serta kolesterol boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Untuk mendapatkan 3 gram beta-glukan setiap hari daripada oatmil atau bubur oat, anda perlu mengambil kira-kira 70 gram atau 10 sudu besar oat setiap hari.
Kelebihan Serbuk Oat Bran
Kini, tabiat makan oat telah dibuat secara lebih mudah dengan Biogrow Oat BG22TM. Ia diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden. Dengan mengambil 2 sudu (lebih kurang 18 gram) sehari, ia membekalkan lebih daripada 3 gram oat beta-glukan untuk membantu mengurangkan kolesterol.
Bran oat, merupakan lapisan terluar bijirin oat, mengandungi kepekatan oat beta-glukan yang tertinggi. Biogrow Oat BG22TM mengandungi 20 peratus beta-glukan yang mempunyai berat molekul yang tinggi. Kepekatan kelarutan yang tinggi membolehkan pembentukan gel tebal yang akan melikatkan usus kita.
Kajian telah menunjukkan bahawa kesan kelikatan tinggi yang dihasilkan oleh beta-glukan dalam usus adalah penting dalam menghasilkan kesan optimum pengurangkan kolesterol dan pengawalan gula dalam darah.
Kini, Biogrow Oat BG22™ boleh didapati dalam pek mudah yang mengandungi 30 paket (9g/paket) dan ini menjadikannya lebih mudah untuk orang yang sibuk untuk mendapatkan jumlah pengambilan beta-glukan daripada oat yang disyorkan iaitu 3g sehari. Dengan mengambil 2 paket (lebih kurang 18g) sehari dengan air sejuk atau air suam, ia membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan. Ambil 3g oat beta-glukan setiap hari dapat membantu mengurangkan kolesterol secara semula jadi.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh Legosan (M) Sdn. Bhd. Bagi maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi 03-7956 2220 atau email pertanyaan anda kepada [email protected]
