Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Fasa 2 daripada fasa terakhir Tropicana Gardens kini dibuka untuk jualan
Diterbitkan:  Feb 17, 2021 11:20 AM
Dikemaskini: Mar 12, 2021 2:11 AM

Berjirankan Tropicana Indah yang didiami golongan berada dan terletak di pusat Kota Damansara yang sedang berkembang pesat, Tropicana Gardens yang dimajukan oleh Tropicana Corporation Bhd dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.3 bilion menggabungkan keistimewaan kediaman dan komersial di bawah pelan induk yang sama. Kini memiliki unit impian anda menjadi semakin mudah dengan insentif Tropicana 100* yang berkonsepkan inspirasi ‘100%’.

Sambutan memberangsangkan

Edelweiss – menara kelima dan terakhir di Tropicana Gardens yang mempunyai 397 unit SOFO (Small Office/ Flexible Office) dan 630 unit Serviced Residences dengan GDV sebanyak RM855 juta, menawarkan pelbagai susun atur menarik dengan saiz binaan 452 - 858 kaki persegi untuk SOFO, dan 556 - 1,111 kaki persegi untuk Serviced Residences. Ia turut dilengkapi lot runcit dua tingkat untuk keselesaan penghuni. Sukacita dimaklumkan bahawa Fasa 1 Edelweiss mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak pelancaran tidak rasminya pada bulan September lalu biarpun dibelenggui cabaran getir ekonomi sepanjang tahun lalu.

The ‘Noble White’

Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada Edelweiss membawa maksud tertentu, jawapannya tertera di sini: Perkataan ‘Edelweiss’ bermakna 'Noble White' (‘Putih Mulia’) yang merujuk kepada sejenis tumbuhan gunung di Eropah dengan bunga putih kecil yang melambangkan 'keberanian, keberanian dan cinta'. ‘Edelweiss’ juga merupakan salah satu lagu muzikal The Sound of Music.

Penamaan sebegini adalah seiring dengan komponen pembangunan yang lain (siap dan habis dijual) di bawah pelan induk yang sama, di mana kesemuanya menggunakan nama spesies pokok berbunga. Ini termasuk Dianthus (271 unit kediaman servis), Cyperus (406 unit kediaman servis), Bayberry (413 unit kediaman servis), dan Arnica (336 unit kediaman servis).

Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)

Edelweiss dihubungkan oleh jejantas pejalan kaki ke Stesen MRT Surian (kira-kira 200m) yang disifatkan sebagai ‘pintu masuk’ ke Tropicana Indah dan Kota Damansara, selain perhentian bas (kira-kira 150m) - menjadikannya Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) yang ideal.

TOD merupakan konsep pembangunan yang praktikal di mana ia mewujudkan ruang hidup pelbagai fungsi yang memenuhi keperluan kediaman dan komersial, termasuk tempat kerja dan bersosial, selain rekreasi – yang kesemuanya dihubungkan dengan sistem pengangkutan keretapi yang efisien demi kemudahan dan keselesaan penghuni dan pelawat. Perancangan sebegini memberi aksesibiliti dan mobiliti yang lebih baik dan luas untuk meningkatkan kualiti hidup. Tambahan pula, bilangan penumpang transit yang ramai akan meningkatkan daya saing ekonomi Edelweiss dengan nilai hartanah yang lebih stabil dan terjamin.

Mudah diakses melalui lebuhraya utama

Edelweiss juga disokong oleh pelbagai lebuhraya utama dari merata sudut seperti Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Penchala Link dan Lebuhraya SPRINT.

Pembangunan bersepadu sehenti

Didorong pelbagai jenis kemudahan yang mudah diakses, kehidupan bandar moden yang berkonsepkan pembangunan bersepadu sehenti (one-stop integrated development) membawa keselesaan hidup dari segi pensosialan, perniagaan dan beli-belah, rekreasi dan hiburan. Tropicana Gardens Mall dengan 1.1 juta kaki persegi ruang runcit bersih yang serba baru adalah contoh yang bagus. Ia disambungkan ke Edelweiss melalui jejantas pejalan kaki tertutup sepanjang 200m untuk kemudahan penghuni, termasuk membeli barangan runcit di Village Grocer dan menikmati hiburan di MBO Cinemas, antara penyewa utamanya, kesemuanya dalam jarak ‘mesra kaki’.

Nikmati keistimewaan kediaman dan komersial setempat

Suasana hidup bandar berjiwa dan bertenaga

Semangat pembangunan moden, reka bentuk yang dinamik, dan menampilkan 11 susun atur untuk citarasa berlainan, Edelweiss merangsang kehidupan anda dengan nada kosmopolitan yang berjiwa dan bertenaga - sama ada untuk bekerja (pejabat) atau bersantai (rumah).

SOFO: Fleksibiliti pengubahsuaian dan penggunaan

Susun atur terbuka SOFO tanpa dinding pembahagi, contohnya, memberi fleksibiliti tambahan dari segi pengubahsuaian, bergantung kepada tujuan penggunaan pemiliknya. Keupayaan tinggi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan SOFO pilihan yang bijak untuk syarikat permulaan (start-ups), pemilik tunggal atau perkongsian kecil seperti firma guaman dan agensi hartanah, usahawan muda, eksekutif muda, ataupun individu lain – dengan memanfaatkan kecekapan internet untuk berkomunikasi secara pantas dan mudah.

“Kejayaan empat menara pertama kami di Tropicana Gardens mendorong kami berusaha sepenuh hati untuk membawa pengalaman terbaik kepada pelanggan kami di mana maklum balas penting daripada mereka akan kami serasikan ke dalam Edelweiss untuk memastikan penghuni menikmati kehidupan bandar yang moden dan selesa dengan ruang rehat yang menyenangkan hati,” kata Joanne Lee, pengarah urusan pemasaran dan penjualan Tropicana Corp.

Terdiri daripada SOFO dan Serviced Residences, Edelweiss menggabungkan gaya hidup canggih dengan keperluan perniagaan bagi mereka yang mengimpikan ruang hidup berinspirasikan ‘oasis di bandar’ sambil menikmati pemandangan indah Seri Selangor Golf, Tropicana Indah, Kota Damansara dan Persiaran Surian.

Jadi, mengapa Serviced Residences di Edelweiss merupakan pelaburan yang bijak? Ia terletak di lokasi strategik Petaling Jaya di mana Bandar Utama, TTDI, Damansara dan DesaPark City, misalnya, boleh diakses dalam masa kurang daripada 15 minit. Edelweiss turut dilengkapi ‘Sistem Rumah Pintar’ seperti kunci pintu digital untuk keselamatan tambahan selain pengiktirafan Silver Rating oleh GreenRe sebagai sebuah bangunan rendah karbon.

Reputasi pemenang anugerah

Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa membeli hartanah baru dan salah satu perkara pertama yang muncul di dalam fikiran anda ialah reputasi pemaju tersebut.

Jenama Tropicana Corporation Bhd yang ‘senang’ dikenali melalui logo ‘T’ ikoniknya mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan bersepadu merangkumi aspek kediaman, komersial dan rekreasi.

Dinobatkan sebagai ‘Best Developer’ PropertyGuru Asia Property Awards (Malaysia) 2020 dan Top 10 of The Edge Top Property Developers 2020, Tropicana merupakan pemaju pemenang anugerah yang melakar nama sanjungan ramai melalui projek prestij Tropicana Golf & Country Resort dan Tropicana Indah Resort Homes di Petaling Jaya, The Residences dan W Hotel Kuala Lumpur di Jalan Ampang, Tropicana Heights di Kajang, Tropicana 218 Macalister di Pulau Pinang, Tropicana Danga Bay di Johor, dan Tropicana Landmark di Sabah.

Dengan mempelopori gaya hidup kediaman berjiwa ‘resort’ sebagai DNA uniknya, Tropicana mencorakkan seni hidup moden melalui pembangunan bersepadu yang holistik dengan menggabungkan unsur-unsur kediaman dan komersial di dalam satu persekitaran simbiotik untuk keselesaan hidup berkualiti – di mana anda boleh menikmati keistimewaan sebegini di Edelweiss.

Menrealisasikan imaginasi anda!

Anda boleh miliki seunit Edelweiss yang dijadualkan siap pada Q4 2024 dengan harga bermula daripada RM438,000 (untuk SOFO) dan daripada RM570,000 (untuk Serviced Residences). Ketahuilah sebab utama mengapa Edelweiss SOFO dan Serviced Residences di Tropicana Gardens adalah pilihan bijak 100% untuk penghuni bandar dan keluarga yang sedang berkembang. Rebutlah insentif Tropicana 100* dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC)* -khasnya pembeli rumah pertama dan kedua yang ingin memiliki kediaman berservis di Tropicana Gardens – anda boleh menikmati kemudahan pembiayaan Houzkey yang ditawarkan Maybank Islamic dengan pembiayaan 100% dan pembayaran sifar semasa pembinaan.

Hubungi 016-3670707 atau klik https://bit.ly/TGMkA untuk ketahui lebih lanjut mengenai keselesaan sehenti Edelweiss - pilihan praktikal untuk tujuan kediaman dan komersial.

*Tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS