Jangan berpuas hati dengan 2 suntikan penggalak sahaja. Dapatkan 3 Home Boosters dos dengan Mah Sing NOW!
Memandangkan ketidaktentuan disebabkan oleh Covid-19, sentimen pasaran harta tanah mungkin dilihat tidak begitu hebat pada masa ini. Tetapi seperti kata pepatah, setiap musibah pasti akan ada hikmah disebaliknya dan pasti akan ada sinar pelangi yang indah selepas hujan.
Sekiranya anda memang merancang untuk membeli harta tanah, adalah dijangkakan tahun 2021 ini akan menjadi tahun yang sesuai dan tepat untuk anda meneruskan niat anda itu.
Ini kerana kadar faedah kini berada pada tahap terendah di mana anda kini hanya perlu membuat pembayaran bulanan yang lebih rendah untuk pinjaman rumah. Kempen Pemilikan Rumah (HOC) juga telah dilanjutkan sehingga akhir tahun – ini bermakna anda dapat terus menikmati pengecualian duti setem untuk Memorandum Pemindahan (MOT) dan Perjanjian Jual Beli (SPA).
Ramai pemaju hartanah juga kini menawarkan pelbagai tawaran yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Sudah tentu ini adalah masa yang tepat untuk membeli harta tanah idaman di lokasi pilihan anda dan dengan kos yang lebih rendah.
Jom kita tinjau kempen Mah Sing NOW. Kini impian untuk memiliki rumah idaman anda dipermudahkan dengan tiga “suntikan penggalak” “Home Boosters” dari Mah Sing. Anda boleh nikmati:
Own Now: Pemilikan mudah - Kelulusan pinjaman mudah dengan Maybank Houzkey.
Zero Now: Pembayaran sifar - Tiada bayaran pendahuluan, tidak perlu membayar apa-apa semasa pembinaan, dan yuran undang-undang percuma bagi SPA dan perjanjian pinjaman.
Save Now: Penjimatan besar – Penjimatan yuran MOT. Perabot percuma *. Potongan sehingga 50% untuk pembayaran bulanan anda *. Bonus: insentif tunai tambahan untuk pembeli yang telah menerima vaksin Covid-19! (* untuk projek terpilih)
Pasaran harta tanah mungkin dilihat suram sekarang tetapi ia tidak akan kekal seperti ini untuk selama-lamanya. Lagipun, rumah adalah merupakan keperluan dan bukannya kehendak. Beberapa orang pakar telah meramalkan bahawa pasaran harta tanah Malaysia akan bangkit selewat-lewatnya pada akhir tahun ini! Malahan kita kini dikatakan berada di ambang pemulihan pasaran. Manfaatkan tawaran hebat sekarang sebelum ia tamat.
Nikmati penjimatan yang besar untuk 16 buah projek perumahan Mah Sing yang terlibat dalam kempen Mah Sing NOW yang merangkumi hartanah kediaman yang telah siap dibina dan yang sedang dalam pembinaan, serta tiga projek komersial. Lihat senarai penuh projek yang mengambil bahagian di sini.
Antaranya ialah:
M Adora, Wangsa Melawati. Terletak kira-kira 9km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC), ia dihubungkan dengan baik oleh lebuh raya utama dan Stesen LRT Sri Rampai (sangat dekat perkhidmatan bas shuttle). Saiz unit: 850-1,200 kaki persegi. Kediaman mewah dengan harga luar biasa bermula dari RM468,000.


M Luna, Kepong. Dibina di lokasi yang sangat menarik iaitu berdekatan dengan susana alam semula jadi (hanya 100m ke Taman Metropolitan Kepong yang menyegarkan) disamping mempunyai akses mudah ke kawasan “hotspots” di pusat bandar. Saiz unit: 700-1,000 kaki persegi Harga: bermula dari RM385,000.


M Vertica, Cheras KL. Hanya 500m melalui laluan pejalan kaki tertutup ke persimpangan MRT-LRT Maluri. Menara kediaman tertinggi di Cheras. Lanskap dan kemudahan tingkat tinggi terbesar untuk sebuah bangunan pencakar langit KL (lebih daripada 40 jenis kemudahan tersedia ). Saiz unit: 850-1,000 kaki persegi Harga: bermula dari RM480,800.

M Arisa, Sentul, KL. Menawarkan oasis hijau penuh ketenangan dengan ciri mesra alam yang terletak hanya 5km dari KLCC. Pemenang dua Anugerah Pembangunan Lanskap Pencakar Langit Terbaik untuk Tahun 2021 - dari iProperty dan Star Property. Saiz unit: 550-1,025 kaki persegi Harga: bermula dari RM468,000.


M Centura, Sentul, KL. Kediaman yang 80% berperabot yang terletak 5km dari KLCC. Didatangkan dengan ciri-ciri rumah pintar + hijau. Saiz unit: 850 kaki persegi Harga: bermula dari RM499,000.

M Oscar, Kuchai Lama, KL. Kediaman yang berada 100 meter dari aras laut ini terletak 9km dari Mid Valley City dan 13km dari KLCC. Dengan orientasi Utara-Selatan, setiap unit kediaman mempunyai 2-4 buah tempat letak kereta. Saiz unit: 708-1,198 kaki persegi Harga: bermula dari RM480,000.


Sensory @ Southville City, Bangi. Terletak di dalam bandar bebas milik seluas 428 ekar di Southville City oleh Mah Sing. Menawarkan pakej kondo yang ideal lengkap dengan kemudahan gaya hidup terkini di persekitaran yang tenang, sesuai untuk keluarga baru dan muda yang mahukan suasana kekeluargaan di dalam persekitaran kosmopolitan pinggir bandar moden. Saiz unit: 888-914 kaki persegi Harga: brmula dari RM433,000.


M Aruna, Rawang. Rumah teres 2 tingkat yang dibina dengan reka bentuk moden namun direka berinspirasikan alam semula yang praktikal bagi memastikan setiap ruang kediaman dioptima sebaik mungkin.Saiz unit: 1,700 kaki persegi Harga: bermula dari RM517,000.


Meridin East, Pasir Gudang, Johor. Komuniti taman tasik berpagar yang berkeluasan 1.313 hektar menawarkan kawasan aktiviti luar rumah yang sangat luas. Saiz rumah teres ini bermula dari 1,595 kaki persegi dan harga bermula dari RM410,550.


Ferringhi Residence 2, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Anda boleh pindah masuk bila-bila masa sahaja. Kehidupan mewah di dalam persekitaran yang tenang & subur yang menghadap ke pantai Batu Ferringhi. Saiz setiap unit ialah1,494 kaki persegi dengan harga bermula dari RM788,584.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 1 300 80 6888 atau kunjungi Mah Sing di https://bit.ly/3iR3pky.

