Pertunjukan Udara Selangor (SAS) 2021 menempa kejayaan ulung disebalik pandemik
Pameran Penerbangan Selangor 2021 (SAS 2021) yang diadakan dari 25 hingga 27 November telah berjaya mencapai sasaran hampir 5,000 pengunjung sepanjang acara tiga hari itu. SAS 2021 yang diadakan selama tiga hari, di kawasan seluas 2,663.99 meter persegi telah menyaksikan kehadiran seramai 4,987 orang.
Acara yang julung kali diadakan ini berjaya mengumpulkan sejumlah 43 peserta pameran dari 7 negara yang mewakili industri aeroangkasa dan penerbangan dunia. Sebanyak 18 buah pesawat statik telah dipaparkan antaranya ialah jet komersial E195-E2 dari Embraer, T625 GÖKBEY dari Turkish Aerospace, Piaggio P-180 Avanti EVO dari Piaggio Aerospace, Airbus Helicopters AS350 Écureuil dan lain-lain.
13 Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pelbagai kerjasama dari subsektor industri aeroangkasa telah ditandatangani semasa SAS2021. Antaranya ialah: -
1. Antara Menteri Besar Selangor (Incorporated) dan Sepang Aircraft Engineering Sdn. Bhd.
2. Antara Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn. Bhd. (SELATI) dan University Selangor (UNISEL)
3. Between Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn. Bhd. (SELATI) dan Aerodyne Group
4. Antara HM Aerospace Sdn. Bhd. dan Apa Bilgi Teknolojileri Sanayi Ve Ticaret Limited Şirketi
5. Antara Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. dan Pen Aviation
6. Between Delta Aerospace Sdn. Bhd. dan Aeronautique Design & Services Bureau SA
7. Antara Global Components Asia Sdn Bhd dan Malaysia Airlines Berhad
8. Antara Global Components Asia Sdn Bhd dan Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd.
9. Antara Global Components Asia Sdn Bhd dan LAMINAAR Aviation Infotech Pte. Ltd.
10. Antara Turkish Aerospace Industries dan SIRIM Berhad
11. Antara Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn. Bhd. (SELATI) dan Dviatian Group
12. Antara Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn. Bhd. (SELATI) dan Pen Aviation
13. Antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan ExecuJet Aviation Group
Perjanjian yang ditandatangani meliputi pelbagai kerjasama seperti usaha sama pembangunan tenaga kerja vokasional untuk industri aeroangkasa, pembangunan Pusat Kecemerlangan Dron Selangor, hab latihan simulator, pusat sehenti MRO untuk dron dan cadangan pembangunan kemudahan pembuatan pesawat laut.
Sementara itu, kerjasama strategik yang ditandatangani antara MAHB & ExecuJet Aviation Group akan menyaksikan Dassault Aviation melabur sehingga RM100 juta melalui ExecuJet MRO Services Malaysia (ExecuJet) untuk menubuhkan MRO baru sebagai pusat sehenti untuk jet perniagaan bagi penyelenggaraan dan pengubahsuaian dalaman.
Antara program lain sepanjang SAS202, termasuk diskusi mengenai topik hangat dalam industri dan juga Hari Terbuka Edu pada 27 November untuk pelajar. Seramai 102 pelajar UniKL MIAT, Politeknik Banting, Management & Science University (MSU) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) datang dan menyertai sesi yang dikendalikan oleh WIAA.
Majlis Networking Cocktail juga telah diadakan pada 25 dan 26 November 2021 di mana ia turut dihadiri oleh pemain utama industri serta MNC, kedutaan asing dan ahli perniagaan bernilai tinggi yang berpotensi untuk mempertimbangkan perkhidmatan BAGA sama ada untuk operasi perniagaan atau kegunaan peribadi.
Edisi kedua Selangor Aviation Show akan diadakan pada 2022 di Subang dari 8 hingga 10 September 2022 dan dibuka untuk tempahan angkasa melalui bahagian aeroangkasa khusus Invest Selangor, Jabatan Koordinasi Industri Aeroangkasa Selangor Darul Ehsan (S-Daico).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Selangor Aviation Show, sila layari www.selangoraviationshow.com

