Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Nanostix tawarkan peranti baharu percuma disebalik pengenaan cukai
Diterbitkan:  Dec 22, 2021 3:48 PM
Dikemaskini: Dec 23, 2021 3:28 AM

Bermula Januari 2022, kesemua produk vape dan rokok elektronik akan dikenakan duti eksais sebanyak RM1.20 per mililiter bagi cecair perisa dan 10 peratus duti eksais bagi peranti.

Disebalik itu, bagi mengurangkan beban pelanggan, Nanostix Innovations Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk menawarkan pengguna Nanostix menukar kepada peranti baru secara percuma bermula 1 Januari 2022

Walaupun terdapat pelbagai reaksi disebalik pengumuman cukai ini, satu perkara yang harus diambil kira ialah ia mampu menjana ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Perkara ini diakui oleh Nanostix. Menurut pengarahnya, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, setiap cukai sudah pasti memberi beban, namun harus difikirkan juga sumbangannya kepada ekonomi negara.

“Selain itu, pengenaan cukai ini juga bermakna perniagaan vape sudah diiktiraf sebagai industri yang sah dan kami lebih bebas berniaga. Pelanggan pula akan mendapat produk yang lebih selamat, kerana setiap pengilang akan dikawal selia oleh pihak berkuasa sebagai syarat mendapatkan lesen operasi.”.

Disebalik pengenaan cukai, Nanostix mengambil langkah proaktif dengan bakal melancarkan peranti terbaharu mereka tahun 2022 ini.

Selepas 4 tahun mendapat tempat di hati peminat rokok elektronik, Nanostix mengatakan sudah sampai masanya mereka tampil dengan produk baharu untuk terus kekal relevan di pasaran.

Dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih baik berbanding peranti lama, Nanostix mensasarkan pelanggan sedia ada dan baru untuk mencuba satu pengalaman baharu dalam arena rokok elektronik.

“Kami menyantuni permintaan pelanggan setia kami yang kerap bertanya tentang produk baharu. Jadi untuk tahun 2022 ni, kami realisasikan ia”.

Sebagai tanda penghargaan buat pelanggan yang kekal setia, Nanostix menganjurkan kempen pertukaran peranti lama ke baharu secara percuma.

“Pelanggan boleh datang ke mana-mana kedai eksklusif Nanostix seluruh negara dan bawa peranti lama mereka untuk ditukarkan dengan yang baharu walaupun peranti lama itu dah rosak. Malah, kalau tiada kad waranti atau kotak pun, masih boleh buat pertukaran secara percuma”, kata Shahabudeen lagi.

Dengan pelancaran peranti baharu ini, Nanostix kekal konsisten dengan inisiatif mereka untuk membantu para perokok berhenti dari merokok.

“Kami menerima banyak testimoni dari mereka yang menyatakan berjaya berhenti dari ketagihan merokok selepas menggunakan Nanostix. Ini menguatkan lagi azam untuk memberikan yang terbaik dalam penghasilan produk kami.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS