Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Jabatan Bomba Negeri Selangor bertukar ke sistem kehadiran pintar dengan TimeTec TA
Diterbitkan:  Nov 11, 2020 9:42 PM
Dikemaskini: 1:42 PM

Tenaga kerja dinamik memerlukan sistem yang dinamik; dan untuk mencapai peningkatan kecekapan dalam operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah beralih dari sistem kehadiran konvensional kad ketik ‘punch card’ kepada kombinasi sistem biometrik cap jari jenama FingerTec dan sistem Kehadiran Pintar TimeTec TA.

Bermula Oktober 2020, Bomba Selangor telah melengkapkan ibu pejabat dan 36 cawangannya di negeri Selangor dengan FingerTec model TA100C, dan setiap kakitangan dilengkapi dengan Aplikasi TimeTec TA yang dimuat turun ke telefon pintar mereka untuk merakam masa kehadiran ketika mereka bertugas di lapangan.

Peranti cap jari FingerTec yang dipasang di premis adalah untuk memastikan kesahihan dan keaslian data kehadiran melalui pengesahan biometrik, sementara Aplikasi TimeTec di telefon pintar adalah untuk memenuhi keperluan melapor kehadiran anggota bomba dan pegawai yang bekerja di lapangan di sekitar negeri Selangor. Semua data kehadiran yang dikumpulkan dari peranti tersedia di platform web untuk diproses oleh pihak pentadbir.

"TimeTec TA memang sistem yang sesuai untuk menggantikan sistem kad ketik kerana syarikat tidak lagi mampu untuk membazir tenaga kerja dengan menugaskan mereka untuk melakukan tugas-tugas am. Peningkatan kos operasi mendorong perniagaan untuk mempertimbangkan digitalisasi. Dan untuk organisasi seperti Bomba, mereka perlu mengetahui di mana anggota mereka berada dalam satu-satu masa, untuk menguruskan jadual dan untuk memastikan bahawa anggota mereka bersedia untuk bertindak balas semasa kecemasan,” menurut Izhar Haji Ismail, Pengarah Urusan Tech Central Solutions, Pengedar TimeTec yang menjayakan pemasangan sistem ini di Bomba.

Automasi data kehadiran di dalam TimeTec TA membebaskan pentadbir daripada perlu menguruskan kesilapan manusia dan perbezaan jumlah masa di dalam rekod kehadiran. Semua data tersedia untuk diproses. “Dengan menggunakan TimeTec TA, jadual kerja mudah diakses dan diedit, dan yang paling penting, penyelia di setiap cabang dapat mengakses sistem untuk merancang syif dengan lebih efektif. Apabila ada pindaan yang dibuat, anggota akan menerima notifikasi di Aplikasi masing-masing serta-merta. Inilah di antara keberkesanan yang dituntut oleh pelanggan,” kata Izhar. TimeTec TA menawarkan syarikat dengan 999 jadual, 14 kolum penjadualan dan 38 laporan untuk dipilih. Aplikasi TimeTec TA di telefon pintar menjadikan pekerja bertanggungjawab terhadap data mereka sendiri dan akhirnya meningkatkan produktiviti dan penglibatan tenaga kerja terhadap organisasi.

"Digitalisasi data tenaga kerja dengan menggunakan TimeTec TA adalah sangat mudah. Ia tidak memerlukan kos modal yang tinggi kerana anda tidak perlu memasang pelayan. Tambahan, pelaksanaan dan penerapannya memang mudah,” menurut Syed Firdaus Syed Fuzi, Penolong Pengurus di Bahagian Tenaga Kerja Pintar TimeTec Cloud Sdn. Bhd. Dengan mempunyai sistem yang tepat untuk memantau kehadiran pekerja, anggota Bomba boleh memberi lebih fokus kepada tugas menyelamatkan nyawa dan menjadikan setiap hari, hari yang lebih baik untuk rakyat.

TimeTec TA diberikan secara PERCUMA selama 3 bulan untuk semua IKS yang layak di Selangor melalui PRODUTK, Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja, usaha kolaborasi di antara Kumpulan TimeTec dan Kerajaan Negeri Selangor. PRODUTK menyediakan IKS dengan pengalaman secara terus bagaimana penggunaan digitalisasi boleh memanfaatkan perniagaan. PRODUTK terbuka untuk semua IKS Selangor yang layak sehingga 31 Disember 2020. Mereka yang mendaftar dengan PRODUTK akan menerima lesen percuma selama 3 bulan bermula dari tarikh pendaftaran sistem. Untuk mengambil bahagian, sila ke pautan ini: https://bit.ly/produtk-m

Tentang TimeTec TA

TimeTec TA adalah sistem kehadiran berasaskan teknologi awan yang lengkap dengan ciri komprehensif yang menggabung- kan masalah kehadiran tenaga kerja dan pengurusan masa mereka yang berkait dengan gaji dan kos operasi lain. SME dapat menggunakan TimeTec TA untuk membantu mereka meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan. TimeTec TA boleh didapati di 2 platform, Web dan Aplikasi. Web TimeTec TA dapat diakses melalui mana-mana pelayar web bagi pentadbir melakukan tetapan pelbagai ciri, jadual dan laporan. Aplikasi pula ialah bagi pengguna untuk menyemak kehadiran dan bagi admin untuk menggunakan ciri yang tersedia seperti pemantauan, data kehadiran, dan laporan. Penjadualan kakitangan merupakan salah satu tugas yang membebankan syarikat, dan TimeTec TA menawarkan peningkatan proses dan automasi dengan pilihan 999 jadual dalam talian. Yang perlu dilakukan oleh pengurus adalah menetapkan jadual sekali sahaja dan menggunakannya sepanjang tahun.

Penyelesaian TimeTec TA telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan jenama tersohor seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain yang menggunakan TimeTec TA sebagai alat digitalisasi tenaga kerja. Tonton http://bit.ly/TA-video-my

ADS