Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
TimeTec i-Neighbour memperkasakan komuniti moden melalui sistem pintar
Diterbitkan:  Dec 10, 2020 10:37 AM
Dikemaskini: 7:45 AM

TimeTec i-Neighbour (www.i-neighbour.com) adalah Aplikasi Pengurusan Komuniti yang paling komprehensif, memberikan kemudahan dan keselamatan kepada pelbagai kediaman berpagar dan bertingkat di Malaysia. Sistem komuniti pintar ini dilengkapi dengan Aplikasi mudah alih, sistem pengurusan harta tanah, sistem perakaunan, sistem pengurusan pelawat serta pelbagai ciri berguna lain untuk memberi manfaat kepada masyarakat moden.

Baru-baru ini, Nada Alam 3, kawasan perumahan di bandar baru Pajam, Negeri Sembilan, Malaysia telah melanggan sistem TimeTec i-Neighbour untuk meningkatkan pelbagai aspek pengurusan komuniti melalui penggunaan teknologi pintar. Melalui i-Neighbour, kenderaan penduduk Nada Alam 3 kini dilengkapi dengan pembaca kad UHF untuk akses yang mudah dan selamat ke kawasan perumahan. Pelekat ini hanya memberi akses kepada penghuni yang dibenarkan, lantas menghadkan akses pelawat ke kawasan perumahan ke tahap minimum. Walaupun komuniti meraikan pelawat ke kediaman, pemantauan masuk keluar pelawat sangat penting dalam mengekalkan tahap keselamatan komuniti yang tinggi.

TimeTec i-Neighbour juga menawarkan komuniti dengan sistem perakaunan, i-Account yang disesuaikan khusus untuk kediaman berpagar moden. Integrasi i-Account dengan i-Neighbour memberi pilihan kepada penduduk untuk melihat dan membayar bil mereka melalui Aplikasi atau Portal Web dengan mudah. Perincian pembayaran diselaraskan ke sistem perakaunan dan resit dikeluarkan melalui i-Akaun serta-merta, mengurangkan tugas manual pentadbir. Melalui i-Akaun, pihak pengurusan dapat mengeluarkan dan berkongsi invois, resit dan penyata akaun dengan pemilik, mengesan pembayaran serta memberi peringatan secara automatik, memasukkan bil utiliti untuk setiap unit, menghasilkan laporan atas permintaan, dan banyak lagi. i-Account di i-Neighbour mengurangkan kerja pengurusan perakaunan kediaman dengan ketara dengan mengautomasikan proses pengedaran bil dan pengumpulan bayaran, mengurangkan kesilapan dan membasmi tugasan rencam yang tidak penting.

Komuniti Nada Alam 3 juga berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan kediaman dengan memastikan bahawa pasukan keselamatan yang bertugas memberikan jaminan perlindungan pengawasan yang lebih tinggi. Penyelesaian TimeTec Patrol oleh i-Neighbour menyediakan sistem pemantauan rondaan yang telus yang memastikan kualiti pengawal ronda yang bertugas. Keberadaan semua pengawal diketahui setiap masa di sepanjang tugasa mereka, dan pada akhirnya, pihak pengurusan dapat menghasilkan laporan rondaan bulanan dan laporan kejadian berdasarkan data sebenar, memberikan jaminan kukuh kepada penduduk tentang aspek keselamatan kejiranan. Selain itu, data rondaan dari TimeTec i-Neighbour adalah asli dan tidak dapat dimanipulasi. Penghuni yang menggunakan i-Neighbour boleh melapor terus kepada pengawal keselamatan ketika ditimpa kecemasan, sementara pengawal keselamatan dapat memaklumkan penyelia mereka jika mereka berada di dalam bahaya atau terlibat di dalam insiden kecemasan.

Semua penghuni di kawasan kejiranan terbabit boleh memuat turun Aplikasi i-Neighbour di telefon pintar mereka untuk melihat pengumuman, mengurus pelawat, menempah fasiliti, menghantar maklum balas serta pertanyaan kepada pihak pengurusan, dan mereka mempunyai akses ke banyak ciri berguna lain di dalam Aplikasi ini.

Sekiranya komuniti anda ingin menaiktaraf ke Sistem Komuniti Pintar, hubungi kami untuk demo tanpa sebarang komitmen. Hubungi Encik Shuan Jin di [email protected] untuk temujanji. Lawati TimeTec i-Neighbour di www.i-neighbour.com

Tentang Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.

i-Neighbour adalah sistem komuniti yang menjadi pilihan ramai di Malaysia, dibangunkan oleh TimeTec untuk dunia. Setakat ini, sistem ini telah digunapakai oleh pelbagai komuniti moden tersohor di Lembah Klang dan di seluruh negara. Fleksibiliti dan kebolehlaksanaan i-Neighbour telah menarik pelbagai komuniti bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari negara-negara lain seperti Mexico, India, UAE, dan Afrika Selatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS