Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Rancang penjadualan kakitangan mudah dengan TimeTec TA
Diterbitkan:  Jan 5, 2021 11:03 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Merancang jadual kerja untuk segelintir kakitangan tidaklah serumit mana. Tetapi, bagaimana jika anda perlu merancang jadual kerja yang melibatkan ribuan kakitangan? TimeTec TA menawarkan penyelesaian sempurna yang memberikan kemudahan, lengkap dengan perincian serta ketepatan yang melebihi jangkaan.

TimeTec TA merupakan perisian berasaskan teknologi cloud untuk Masa Kehadiran Tenaga Kerja yang menawarkan 999 jadual kerja yang memenuhi keperluan industri yang berbeza.

Di antara jadual kerja yang lazim ialah jadual tetap seperti jadual 8-5, 9-6, tetapi terdapat juga ratusan jadual kerja lain yang sangat penting untuk industri tertentu yang tidak diketahui ramai. Misalnya Jadual Mampat 4/10, Jadual Mampat 5/4/9, Syif Kelly, Jadual Syif Berputar 2-2 3-2 2-3, adalah antara tetapan jadual yang unik untuk industri tertentu dan banyak lagi.

TimeTec TA menawarkan fleksibiliti kepada mereka yang bertugas mengatur jadual agar jadual-jadual dapat disesuaikan bagi memenuhi operasi harian mereka. Syed Firdaus Syed Fuzi, Penolong Pengurus di TimeTec, memahami masalah yang dihadapi syarikat berkait penjadualan. "Penjadualan merupakan masalah utama yang perlu diselesaikan oleh syarikat ketika mereka mempertimbangkan untuk membeli perisian kehadiran waktu," katanya. Tanpa automasi, proses menyiapkan jadual merupakan cabaran kepada pentadbir kerana data gaji bergantung kepada jadual yang ditetapkan. Sebarang kelewatan atau ketidaktepatan penjadualan boleh mengganggu dan memberi kesan kepada operasi terutamanya di dalam industri yang mempunyai kadar tenaga kerja yang tinggi seperti pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan.

"Dengan TimeTec TA, admin hanya perlu login ke dalam sistem dari mana-mana browser, pergi ke modul Jadual dan tambah jadual yang diperlukan syarikat. Kami menawarkan Jadual Harian, Mingguan dan Fleksi, dan kami juga menyediakan soalan-soalan yang admin perlu jawab untuk memudahkan proses set Jadual berdasarkan keperluan syarikat,” jelas Syed. Walaupun proses pembinaan jadual pada awalnya memerlukan sedikit masa, jadual yang telah tersedia di dalam sistem boleh digunapakai sepanjang tahun setelah ditetapkan. Banyak syarikat telah menyedari kerumitan dalam penyediaan jadual dan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan kecekapan prosesnya. "Kami tidak bercerita tentang jadual statik, ini agak mudah. Tetapi ketika anda berurusan dengan syarikat yang memerlukan ratusan jadual kerja dinamik, pengurusan jadual-jadual kerja tersebut boleh menjadi proses yang sangat mencabar," tegasnya.

Penjadualan merupakan bahagian yang penting dalam pengurusan tenaga kerja, dan dengan mempunyai jadual yang tersedia dan dapat diakses di Aplikasi TimeTec TA setiap pekerja, separuh daripada kerja telah selesai. Dengan menggunakan Aplikasi, staf dapat memohon untuk membuat perubahan pada jadual, dan penyelia dapat memantau waktu kerja dengan cekap. TimeTec TA pastinya memberikan pulangan yang mantap dalam pengurusan kehadiran.

Selain daripada penjadualan, TimeTec TA dipadatkan dengan pelbagai ciri berguna untuk waktu kehadiran seperti penjejakan GPS, roster, kerja lebih masa (overtime), pengiraan jam kerja secara automatik, kelewatan, analisa dan sebagainya. Perisian TimeTec TA didatangkan bersama Aplikasi mudah alih di Android dan iOS, untuk melapor masa dan pemantauan mudah.

Jika perniagaan anda perlu menguruskan penjadualan kakitangan yang rumit, dan anda ingin melihat bagaimana sistem kita dapat mempermudahkannya, hubungi kami untuk sesi demo percuma. Hubungi Encik Syed Firdaus Syed Fuzi di [email protected] atau Encik Marcus Tng di [email protected] untuk temujanji. Layari TimeTec TA di pautan ini www.timetecta.com

Tentang Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. Tonton video kami di https://bit.ly/TA-video-my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS