Acer hari ini mengumumkan pra-tempahan Aspire Vero Edisi National Geographic dengan unit terhad tersedia di Malaysia. Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian komputer riba edisi khas ini membantu menyokong usaha National Geographic Society bukan untung global yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.natgeo.com/info.
Memperluaskan semangat Aspire Vero yang dibina di atas platform Earthion, Acer Malaysia mengumumkan program tukar beli (trade-in) yang menyediakan saluran bagi pelanggan mengitar semula peranti-peranti yang berfungsi dan tidak berfungsi. Acer menawarkan sehingga RM500 baucar rebat tunai bagi pelanggan yang mengambil bahagian membantu planet dengan menamatkan jangka hayat peranti elektronik menerusi cara yang betul.

Sebagai tambahan, Acer akan menyalurkan RM100 daripada setiap pembelian Aspire Vero Edisi National Geographic di Malaysia untuk membiayai program pokok angkat. Pada masa yang sama, setiap pembelian komputer riba Edisi National Geographic Aspire Vero membantu untuk memajukan kerja saintis, penjelajah dan pendidik di seluruh dunia yang bergabung dengan National Geographic Society.

"Acer telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar sejak beberapa tahun lalu. Barisan Vero bersama platfrom Earthion telah menujukkan usaha kami yang terkini. Pasukan penyelidikan dan pembangunan kami memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap perincian komputer riba. Ini termasuk pemilihan bahan yang teliti, mereka bentuk pembungkusan dan seterusnya mengoptimumkan susun atur dalam dan reka bentuk untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu peranti. Kami percaya setiap langkat adalah penting dalam aspek kelestarian,” kata Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Pengguna, Pemasaran dan Produk Acer Malaysia.

Aspire Vero Edisi National Geographic Edition hadir dengan beberapa garisan pepenjuru, separuh di bahagian penutup atas. Diekstrak daripada peta topografi, garisan itu membahagikan permukaan kepada paras laut dan darat dan memberi petunjuk kepada impak pemanasan global terhadap peningkatan paras laut. Membuka komputer riba ini, logo 'yellow border' ikonik National Geographic dicetak di sudut kanan bawah papan kekunci. “For Planet Earth” ditulis di atas kekunci spacebar dan cetakan berwarna kuning.

Pasukan penyelidikan dan pembangunan Acer membuktikan bahawa pembungkusan tidak perlu menjadi sumber pembaziran selepas penghantaran. Bungkusan dalaman Aspire Vero Edisi National Geographic direka sebagai kotak pelbagai guna yang boleh dimanfaatkan semula selepas pembeli mula menggunakan komputer riba. Selain boleh menukarkan pembahagi dalaman kepada stand(1) untuk meletakkan komputer riba, kotak tersebut mempunyai karakter yang sesuai untuk dijadikan sebagai dekorasi dalam bilik pengguna, mungkin juga boleh diletakkan di atas almari atau di sudut meja.
Dengan perincian teliti, rekaan pembungkusan inovatif Acer melindungi peranti dengan 85% kertas kitar semula, selain 100% plastik kitar semula untuk sleeve komputer riba dan kain tambahan yang diletakkan antara skrin dan papan kekunci komputer riba.
Acer Aspire Edisi National Geographic memanfaatkan 30% plastik PCR dalam chasisnya, menjimatkan 21% pengeluaran karbon dalam proses penghasilan(2). 30% plastik PCR itu juga dimanfaatkan di bezel skrin komputer riba dan 50% dalam kekunci, mengurangkan lagi jejak karbonnya. Selain itu, Acer menambah jangka hayat komputer riba dengan memudahkan proses pembaikan dan naiktaraf dengan hanya satu pemutar skru Phillips memandangkan peranti ini mempunyai susun atur dalaman yang baik.
Aspire Vero Edisi National Geographic dikuasakan oleh prosesor Intel Core i7 dengan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD bagi menawarkan pengalaman pengkomputeran yang lancar. Dilengkapi skrin 15.6-inci FHD IPS, peranti ini menyediakan beberapa port, termasuk USB Type-C dan dua USB 3.2 Gen1 Type-A, salah satunya boleh digunakan bagi mengecas peranti mudah alih walaupun komputer riba ditutup. Komputer riba ini juga hadir dengan port RJ-45 Ethernet dan Wi-Fi 6 yang membolehkan ketersambungan yang utuh.
Pra-tempahan untuk Acer Aspire Vero Edisi National Geographic bermula pada 1 Mei dengan harga runcit RM4,299. Peranti tersebut hadir dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021.
Selaras dengan usaha Acer untuk memecahkan tembok antara orang ramai dan teknologi, Acer Malaysia turut mengumumkan harga komputer riba yang berorientasikan kelestarian. Bermula 1 Mei 2022, kedua dua model Intel Core i7 dan Intel Core i5 masing-masing akan dijual pada harga RM3,699 dan RM2,999.
Membantu Pelanggan Melengkapkan Jangka Hayat Elektronik Melalui Kaedah Yang Betul
Acer Malaysia menyediakan program tukar beli untuk membantu pelanggan melupuskan peranti lama mereka dengan betul sempena ketibaan Acer Aspire Vero Edisi National Geographic. Program tukar beli terbuka kepada semua tablet, komputer riba, komputer meja dan komputer meja semua-dalam-satu desktop yang berfungsi dan tidak berfungsi.
Selepas penilaian, Acer akan menawarkan rebat tunai sehingga RM500 untuk Acer Aspire Vero dan Acer Aspire Vero Edisi National Geographic.
Pelanggan yang menghantar peranti mereka di kedai konsep Acer akan layak mendapat rebat tunai untuk membeli Aspire Vero dan pra-pesanan Aspire Vero Edisi National Geographic dengan segera.
Pelanggan yang menghantar peranti mereka di pejabat Acer dan pusat servis Highpoint akan diberikan kod promo untuk menebus rebat tunai melalui Acer eStore atau kedai rasmi Acer di Shopee.
Program tukar beli bersama dengan siri promosi lain berlangsung dari 1 Mei 2022 sehingga 31 Julai 2022.
Pelanggan yang membayar menerusi kad kredit Maybank di Acer eStore akan layak menerima potongan 5% yang akan ditolak secara automatik sebelum pembayaran akhir.
50 unit pertama yang dibeli akan dihantar dengan Tetikus Vero dan Pad Tetikus Vero bernilai RM178
Bagi menggalakkan pelanggan menyokong Mother Earther, setiap pembelian Aspire Vero dan Aspire Vero Edisi National Geographic semasa tempoh promosi akan layak menebus hadiah bernilai RM199 atau kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM120.
Pelanggan yang menghantar peranti mereka di kedai konsep Acer akan layak mendapat rebat tunai untuk membeli Aspire Vero dan pra-pesanan Aspire Vero Edisi National Geographic dengan segera.
Pelanggan yang menghantar peranti mereka di pejabat Acer dan pusat servis Highpoint akan diberikan kod promo untuk menebus rebat tunai melalui Acer eStore atau kedai rasmi Acer di Shopee.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].
(1) Dicadangkan untuk kegunaan statik (seperti persidangan video, menonton video).
(2) Pelepasan dijimatkan berbanding casis plastik komputer riba biasa untuk komputer riba dengan saiz yang sama. Nilai anggaran dikira daripada laporan PlasticsEurope Eco-profile. Perbandingan hanya tertumpu pada bahan itu sendiri dan terhad untuk membandingkan 100% plastik asal dengan 70% plastik asal dan 30% plastik kitar semula sambil menganggap faktor lain yang mungkin mempengaruhi pelepasan CO2 adalah sama.
Kandungan ini disediakan oleh Jireh Consult Sdn Bhd.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
