Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Acer Swift 3 OLED dan Aspire 7 berikan grafik dan tontonan lebih baik
Diterbitkan:  Nov 9, 2022 10:25 AM
Dikemaskini: 2:25 AM

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan peranti pertengahan  dengan prestasi dan teknologi yang lebih baik - Acer Swift 3 OLED dengan pemproses generasi ke-12 Intel  Core H dan paparan OLED, selain Acer Aspire 7 yang hadir dengan kad grafik NVIDIA GTX1650. 

Acer Swift 3 OLED - OLED Tersedia dalam Komputer Riba Ringan & Nipis 

Acer Swift 3 OLED yang ringan dan nipis memuatkan prestasi yang diperlukan pengguna dalam chasis  bersaiz 17.9mm dan berat hanya 1.4kg. Acer Swift 3 OLED menyediakan prestasi harian yang lancar  dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 12700H dengan 16GB LPDDR5 RAM dan 1TB PCIe NVMe  SSD.  

Dengan nisbah 92% skrin-ke-badan, Acer Swift 3 OLED menawarkan paparan OLED bersaiz 14 inci 16:10  WQXGA+ (2.8k). Paparan ini diiktiraf oleh VESA DisplayHDR True Black 500 dan menyokong 100% gamut  warna DCI-P3 untuk pengimejan seakan kehidupan sebenar.  

Mengambil kira norma sidang video, Acer Swift 3 OLED mempunyai teknologi yang memastikan  pengalaman e-sidang yang lebih baik. Ia dilengkapi dengan Wi-Fi 6E untuk ketersambungan yang pantas.  Kualiti video dijamin oleh webcam MIPI FHD yang menyokong Temporal Noise Reduction (TNR), walaupun dalam pencahayaan yang rendah. Acer PurifiedVoice™ dengan AI Noise Reduction memastikan suara  didengari dengan jelas.

Pad sesentuh OceanGlass™ diperbuat daripada sisa plastik yang berisiko dibuang ke laut itu telah direka  bagi menawarkan kekemasan ibarat kaca ketika menatal di Acer Swift 3 OLED. Tambahan lagi, papan  kekunci dengan pencahayaan belakang turut hadir dengan rekaan ruang udara yang menghapuskan lebih  8-10% haba berbanding papan kekunci standard. 

Tersedia di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Acer Swift 3 OLED bermula pada harga  RM4,399.  

Acer Aspire 7 – Prestasi Berkuasa dengan Rekaan Bersahaja 

Aspire 7 yang ditunjangi pemproses generasi ke-12 Intel Core i5-1240P itu digandingkan dengan kad  grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 bagi memenuhi keperluan golongan profesional dan amatur. Rekaan  bersahaja bakal menarik minat mereka yang meminati rekaan halus, terutama apabila bekerja secara on the-go, sama ada bekerja di kafe atau pejabat klien. 

Dengan memori DDR4 8GB (boleh ditambahbaik kepada konfigurasi Dual Channel RAM untuk prestasi  ditambah baik sehingga 32GB) dan 512GB PCIe NVMe SSD serta dual band Wi-Fi 6 yang laju, Aspire 7  mempunyai komponen untuk pengalaman pengkomputeran yang lancar. Ia menawarkan teknologi terkini  dengan pemindahan data USB-C™ sehingga 5 Gbps.  

Rekaan yang nipis itu memuatkan paparan 15.6 inci HD penuh dengan kadar refresh 144Hz dan bezel  nipis, pada nisbah 81% skrin-ke-badan. Acer Color Intelligence™ dan Acer ExaColor™ berfungsi untuk  menyampai visual dengan ketepatan tinggi dan sesuai untuk permainan action-shooter yang laju. Acer  Color Intelligence menyediakan paparan cerah dengan CPU loading yang berkurangan. Peranti itu  menukar saturasi dan gamma pada masa sebenar, mengoptimumkan warna paparan, kecerahan dan  saturasi tanpa clipping atau over-saturation.  

Rekaan termal menawarkan beberapa mod penyejukan, memastikan komputer riba terus sejuk dan tidak  bising. Dengan sekali sentuhan "Fn+F", kelajuan kipas boleh diubah antara mod senyap, normal dan  prestasi. Acer Aspire 7 berharga RM3,899 dan tersedia segera di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee  dan Lazada.  

Bersempena musim perayaan, pelanggan yang membeli Acer Swift 3 OLED atau Acer Aspire 7 sebelum 31  Disember 2022 akan layak menebus kredit e-Wallet Touch n' Go bernilai RM120 atau RM80. Manakala,  produk-produk terpilih yang lain layak untuk menebus kredit eWallet bermula RM20 sehingga RM200.


Kandungan ini disediakan oleh Jireh Consult Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS