Dalam dunia digital yang kini bergerak pantas , teknologi telah mengubah cara perniagaan dilaksanakan, menjurus lebih kepada pendigitalan dalam pada mereka giat berusaha untuk mengembangkan dan mencapai aras baharu. Namun, di sebalik keterujaan pendigitalan, masih banyak perniagaan di Malaysia yang terus ketinggalan dalam mengadaptasi teknologi digital termaju¹.
Untuk mengatasi pengamalan pendigitalan yang perlahan, kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelbagai inisiatif seperti Skim Geran Pendigitalan, pengukuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), dan pembiayaan RM1 bilion daripada Bank Negara Malaysia, untuk membantu proses digitalisasi perniagaan². Di samping inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan, perniagaan juga boleh mendapatkan sokongan yang diperlukan daripada syarikat fintech, yang mana penyelesaian inovatif syarikat itu berperanan penting dalam memacu penggunaan digital.
Melalui kerjasama dengan syarikat fintech, perniagaan akan dapat menangani kebimbangan pendigitalan menerusi pelaksanaan kaedah digital lebih baik yang membolehkan mereka menerima dan mengakses sepenuhnya penyelesaian yang diperlukan untuk kekal berdaya saing dan meraih segmen pelanggan baharu. Selain itu, apabila Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan global yang lebih perlahan iaitu kepada 2.7% pada 2023³, dan dengan tekanan inflasi serta beban kos sara hidup di rantau ini, perniagaan yang berkerjasama dengan fintech dalam pengunaan teknologi digital akan berada di kedudukan yang lebih baik. Ini kerana mereka boleh membuktikan daya perniagaan mereka pada masa hadapan dalam mengharungi tempoh sukar situasi ekonomi semasa.
Penyelesaian Fintech juga menawarkan pilihan untuk peniaga serta memperkasakan mereka menerusi akses pembiayaan yang lebih mudah, lebih efisien, dan lebih menepati tahap keperluan secara lebih mendalam dan khusus. Malah, menurut Tinjauan EY Business Pulse, sejumlah 77% perniagaan di Malaysia mengutamakan teknologi dalam jangka masa terdekat⁴ setelah mereka pantas mengadaptasinya untuk kekal relevan dalam era teknologi dan transformasi digital. Pelaburan dalam penyelesaian digital membolehkan perniagaan mengurangkan kos kerana proses secara manual sebelum ini telah diautomasikan, seterusnya menjadikan operasi keseluruhannya lebih menjimatkan kos, serta membolehkan peniaga lebih fokus dalam usaha memperkembangan lagi perniagaan mereka.
Sebagai peserta fintech spektrum penuh serantau, Boost sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyediakan teknologi termaju serta penyelesaian fintech yang mudah dan membuka jalan kepada peniaga untuk menikmati pertumbuhan tanpa batasan dalam usaha niaga mereka.
Tetapi, bagaimana ini boleh berlaku?
Tawaran Fintech mengutamakan dua elemen penting: kebolehcapaian dan kelajuan. Sementara manfaat fintech untuk peniaga tidak boleh dipandang remeh, ia juga telah merevolusikan cara perniagaan beroperasi. Dompet perniagaan merangkumi perkara ini kerana ia bukan sahaja menggalakkan transaksi tanpa tunai, tetapi juga menjadikan pembayaran berkaitan perniagaan dibuat dengan lancar serta menyediakan akses mudah kepada dana untuk peniaga. Pada masa lalu, untuk mendapatkan akses kepada perkakasan kewangan memerlukan kos berjuta-juta dolar untuk disediakan, dengan mengambil kira yuran, peralatan, lesen dan tenaga kerja yang diperlukan. Fintech telah memudahkan proses ini melalui penggunaan data besar dan ketersambungan mudah alih, sekali gus membolehkan perniagaan mengakses platform perisian kewangan yang kompleks, kaya dengan ciri dan perkhidmatan yang lebih terurus dengan mudah.
Selaras dengan itu, pengurangan kos adalah titik permulaan yang paling popular dalam transformasi digital. Sesuatu yang semudah transaksi tanpa kertas boleh mengurangkan perbelanjaan untuk perniagaan, kerana kos yang berkaitan dengan pembelian kertas dan percetakan akan dihapuskan. Selain itu, dengan merekodkan urus niaga secara digital, semua data dapat disimpankan dalam satu lokasi, yang memberi peniaga akses dengan cepat dan juga membolehkan peniaga untuk membina fail dokumen untuk memohon pertambahan pembiayaan. Di samping itu, perniagaan boleh memanfaatkan kelebihan menggunakan digital untuk meningkatkan kecekapan aset, menyokong produktiviti pekerja, mengurangkan kos overhed dan pengeluaran serta menyelaraskan perkhidmatan selepas pasaran.
Mendigitalisasi perniagaan juga menyediakan akses kepada cerapan perniagaan yang tiada tandingan. Inovasi fintech telah membolehkan paparan maklumat pintar dengan keupayaan kemas kini pada masa nyata dan analitik data, justeru membolehkan perniagaan mengakses secara langsung kepada maklumat ini. Sebagai contoh, peniaga boleh sentiasa maklum tentang jualan harian, cerapan pelanggan dan analisis prestasi perniagaan mereka melalui aplikasi Boost Biz dalam meningkatkan keseluruhan proses pengurusan dan operasi perniagaan. Manfaat tambahan untuk pedagang yang menggunakan cerapan data pelanggan ialah kebolehan untuk mengenal pasti arah aliran dan gelagat pelanggan, membolehkan mereka menyasarkan pelanggan dengan lebih baik. Ini membawa kepada jualan yang lebih kukuh dan pertumbuhan perniagaan keseluruhan yang lebih mantap, serta menyediakan pengalaman pelaburan dalam penyelesaian digital yang bermanfaat kepada perniagaan dan pelanggan.
Selain itu, dengan menggunakan penyelesaian fintech yang inovatif, perniagaan juga dapat memudahkan urusan pelanggan dengan menyediakan kebolehcapaian dan keselesaan. Pelanggan boleh mengakses maklumat kewangan dan transaksi dalam masa nyata melalui prosesan pembayaran dan perbankan mudah alih yang lancar. Begitulah halnya dengan Boost, yang menyediakan akses mudah kepada peniaga mereka untuk menerima pembayaran tanpa tunai melalui Boost DuitNow QR code, Boost Business Payment Link dan pembayaran rentas sempadan QR. Menerusinya, peniaga tidak terhad kepada melayani pelanggan tempatan di kedai, mereka juga berupaya mengembangkan jangkauan kepada pelanggan di seluruh rantau ini.
Secara keseluruhan, penyelesaian fintech dengan pastinya telah merungkai permasalahan dan menyediakan pilihan kepada peniaga dalam menerima pendigitalan untuk pertumbuhan perniagaan. Malah, menurut Tinjauan EY Business Pulse, 77% perniagaan Malaysia mengutamakan teknologi dalam jangka masa terdekat⁵ setelah mereka pantas mengadaptasinya untuk kekal relevan dalam era teknologi dan transformasi digital. Melabur dalam penyelesaian digital membolehkan perniagaan mengurangkan kos kerana proses secara manual sebelum ini telah diautomasikan, seterusnya menjadikan operasi keseluruhannya lebih menjimatkan kos, serta membolehkan perniagaan lebih fokus dalam usaha menjana pertumbuhan.
Peranan fintech dalam memacu pendigitalan perniagaan adalah penting dalam membolehkan perniagaan dari semua bentuk dan saiz untuk mengambil bahagian secara aktif dalam ekonomi digital. Dengan bantuan peserta fintech seperti Boost, perniagaan bersedia untuk meraih pertumbuhan dan peluang yang tidak berkesudahan, yang mana akan terus berkembang dengan kemajuan pantas landskap fintech. Tambahan pula, apabila perniagaan berkembang dan bertambah keuntungan, mereka akan mempunyai akses yang lebih baik kepada modal dan pembiayaan, justeru membantu mereka untuk terus melabur dalam bidang lain dan menjadi dunia perniagaan tanpa batasan.
Rujukan:
¹ Malaysia’s digital challenges
³ Global Recession Economic Outlook
⁴ The majority of Malaysian businesses are prepared to live with Covid-19
⁵ The majority of Malaysian businesses are prepared to live with Covid-19
Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia
