Kredibiliti: Kriteria Utama Untuk Membina Keyakinan Pengguna Dalam Fintech Dan Perbankan Digital
Dengan lebih ramai rakyat beralih kepada perkhidmatan kewangan digital untuk semua keperluan kewangan mereka¹, keyakinan pengguna dinyatakan mempunyai korelasi yang positif dengan kadar penggunaan di seluruh Asia Tenggara².
Juga didapati bahawa integriti dan komunikasi adalah antara ciri-ciri yang merupakan peramal keyakinan pengguna yang paling berleluasa untuk perkhidmatan kewangan digital. Dari segi integriti, ia adalah persepsi konsistensi sesebuah organisasi berdasarkan rekod prestasinya, manakala komunikasi merujuk kepada keupayaan organisasi untuk memberikan maklumat secara efektif dengan cara yang responsif dan telus³.
Aspek-aspek ini diterjemahkan kepada kredibiliti sesebuah organisasi dalam kalangan rakyat. Ringkasnya, dalam industri fintech dan perbankan digital, kredibiliti adalah komponen utama untuk membina keyakinan pengguna, manakala integriti dan komunikasi adalah tunjang yang membina kredibiliti.
Dalam landskap fintech Asia Tenggara yang berkembang pesat, peserta terunggul dalam aspek ini adalah Boost, cabang fintech (teknologi kewangan) spektrum penuh serantau Axiata Group Berhad (Axiata), dan pemenang lesen bank digital di Malaysia baru-baru ini, bersama dengan rakan kongsi konsortiumnya, RHB Banking Group (RHB).

1. Integriti yang Terbukti
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Boost telah membina rekod prestasi yang terbukti melalui perniagaan pembiayaan digitalnya yang berasaskan AI (Kecerdasan Buatan) yang memberi perkhidmatan kewangan secara berskala kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
Sejak penubuhannya, Boost telah memperkasakan ribuan PMKS tempatan melalui penyelesaian pembiayaan mikro digital dan, setakat 2022, lebih RM2.5 bilion pinjaman telah disalurkan di seluruh Malaysia dan Indonesia. Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian lepas, lebih 40% daripada pelanggan mereka tidak pernah menerima pinjaman daripada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan lain sebelum ini. Walaupun begitu, Boost mengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL rate) satu digit yang sihat dan kadar pinjaman berulang yang tinggi, mencecah lebih 90% di Malaysia and Indonesia.
Ini menunjukkan prestasi dan keberkesanan solusi digital Boost yang ringkas dan mudah, melalui “e-Kenali Pelanggan Anda” (eKYC) yang komprehensif. Tambahan lagi, perjalanan aplikasi digital tersebut boleh diselesaikan dalam jangka masa 5 minit dan disokong oleh AI, dengan pengeluaran dana dalam masa 48 jam selepas kelulusan.
Kebolehpercayaan Boost juga disahkan oleh RAM Ratings, kerana Boost merupakan pembiaya digital sepenuhnya pertama di Asia Tenggara yang memperoleh penarafan gred pelaburan A1 daripada RAM Ratings. Pengiktirafan daripada agensi penarafan kredit terkemuka di Malaysia menunjukkan keupayaan dan kecekapan Boost dalam meluaskan keterangkuman kewangan melalui pemarkahan data alternatif yang mantap. Portfolionya telah menjalani pemeriksaan rapi yang teliti dan menunjukkan kemampuan untuk memenuhi obligasi kewangannya.
Selain itu, Boost juga mempunyai kerjasama yang memberi jaminan kepada pelabur serta pelanggan bahawa Boost adalah rakan kongsi yang dipercayai. Salah satu contohnya ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) Malaysia, syarikat yang berdedikasi untuk membantu PMKS, untuk kemungkinan membuat jaminan bank digital⁴.
MOU itu merangkumi dua bahagian utama: Yang pertama ialah komitmen untuk meneroka perluasan jaminan portfolio dengan CGC untuk pinjaman bank digital bagi PMKS masa depan. Yang kedua ialah untuk bekerjasama dengan CGC sebagai perunding bagi pembiayaan tanpa cagaran untuk PMKS yang layak.
Dari segi bank digital yang akan datang, keupayaan Boost turut disokong lagi oleh rakan kongsinya, RHB, yang membawa kepada konsortium keyakinan yang telah dibina selama bertahun-tahun dalam kalangan pelanggan dan pihak berkuasa kawal selia, serta kepakaran yang terbukti dalam bidang-bidang perbankan penting, termasuk perkhidmatan perbankan teras, pengurusan risiko dan pematuhan, kecairan, pengurusan modal, operasi dan kredit, pengurusan produk dan pembiayaan bertanggungjawab.
2. Komunikasi Efektif
Sejak 2017, selama lebih 5 tahun, Boost telah mempelopori industri teknologi kewangan sebagai salah satu eDompet pertama di Malaysia yang merintis ‘QR scan & pay’. Matlamatnya adalah untuk membantu PMKS menuju ke arah transaksi tanpa tunai dan membawa pengguna ke dalam ekonomi digital. Oleh itu, ‘QR scan & pay’ hari ini telah menjadi lazim di Malaysia.
Kini, Boost mempunyai lebih 10 juta pengguna dan lebih setengah juta peniaga di seluruh negara. Boost mampu memacu penggunaan digital yang begitu tinggi oleh kerana komunikasinya yang konsisten dan telus.
Hari ini, berjuta pelanggan di seluruh rantau Asia Tenggara, yang terdiri daripada pengguna dan peniaga, diperkasakan oleh Boost. Bukan sekadar pembayaran, malah ekosistem fintech holistik Boost hari ini merangkumi aplikasi fintech semua-dalam-satu, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan. Dengan itu, Boost telah membina kredibiliti yang kukuh dengan pelanggannya, dan secara meluas dianggap sebagai pelopor bank digital yang dinanti-nantikan.
Memandangkan landskap fintech terus berkembang di Asia Tenggara⁵, dengan lebih daripada 70% populasi dianggap sebagai segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan perbankan⁶, ini adalah peluang besar bagi syarikat fintech di rantau ini. Untuk memacu penggunaan fintech, syarikat fintech perlu terlebih dahulu membina keyakinan pelanggan secara konsisten melalui kredibiliti. Sesiapa yang memperoleh dan mengekalkan keyakinan pelanggan akan mempunyai kelebihan untuk memenangi dan memanfaatkan potensi penuh pasaran fintech Asia Tenggara.
Rujukan:
¹ Visa: Nearly 70% of Malaysians SMEs Are Keen on Using Digital Bank’s Services
² Understand the Role of Trust in Digital Financial Services in SE Asia
³ Digital Financial Services for Financial Inclusion in Southeast Asia
⁴ Axiata Digital inks MOU with CGC for potential digital bank guarantee
⁵ Fintech continues to be a hot sector in Southeast Asia after a booming 2021
⁶ The rise of fintech in Southeas Asia
Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/ccdd3988a598f6624ab4e77a175d3ad2.png)
