Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Muzik Video “KITA SEMUA WIRA” telah mencapai 300,000 VIEWS dalam masa 1 bulan!
Diterbitkan:  Apr 30, 2023 10:30 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

CSA Academy amat berbangga boleh bekerjasama dengan Duta Rasmi Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dato' Jalaluddin Hassan bersama dengan Faizal Tahir untuk mempersembahkan Music Video - "KITA SEMUA WIRA", yang telah mencapai 300,000 VIEWS dalam masa 1 bulan!

”KITA SEMUA WIRA” adalah sebuah lagu yang diciptakan oleh Faizal Tahir X CSA Academy khas untuk wira-wira di dalam kehidupan kita yang sentiasa tabah berusaha untuk menyediakan suasana kehidupan yang selesa untuk kita semua. Baik kenalan rapat ataupun yang selalu berbesar hati menghulurkan bantuan kepada kita di saat kita memerlukannya. Kepada sesiapa yang berusaha, andalah wira untuk orang-orang sekeliling kita. Jangan sesekali kita berputus asa dan teruskanlah perjuangan hidup kita. Kita Semua Wira!

Faizal Tahir telah dijemput untuk mempersembahkan lagu “Kita Semua Wira” buat kali pertama di seluruh dunia di Member Gala Night CSA Academy!

CSA Academy merupakan coach kewangan yang paling berpengalaman di Malaysia. CSA Academy bertekad membantu rakyat Malaysia menjamin kualiti hidup sekeluarga melalui Program Bebas Hutang.  Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dato' Jalaluddin Hassan merupakan duta rasmi bagi CSA Academy. Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan. Perancangan kewangan jangka masa panjang mampu membina asas kebebasan kewangan.

https://csaacademy.vip/

CSA Academy ingin mempromosikan minda positif di kalangan rakyat Malaysia melalui lagu “Kita Semua Wira”. Percayakan diri sendiri! Jangan sesekali kita berputus asa dalam hidup!

Siapakah Wira Anda?

Kita Semua Wira -  Temuduga bersama Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dato' Jalaluddin Hassan dan Faizal Tahir.

Versi penuh “Kita Semua Wira” juga boleh didengar di Spotify, Joox, AppleMusic, TikTok dan lain-lain!! Jom! Sharekan kepada semua!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS