Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
SME Growth Summit 2023: Membuka Potensi PKS!
Diterbitkan:  May 26, 2023 7:37 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Membuka potensi dalam perniagaan anda, bermakna mengubah "sepatutnya" kepada "harus" dan mencipta keyakinan utama bahawa anda boleh mengembangkan perniagaan anda walaupun sebagai sebuah perusahaan kecil dan sederhana.

SME Growth Summit 2023 yang dianjurkan bersama oleh Malaysiakini dan Kakitangan.com, memperkenalkan konsep “Connect, Exchange of Ideas and Create”, telah melengkapi peserta dengan idea, hubungan, dan model yang diperlukan untuk menaik taraf perniagaan mereka.

"Perniagaan Kecil dan Sederhana adalah tulang belakang ekonomi kita, oleh itu, bagi memastikan sektor ini berkembang dan berjaya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencipta peluang baru bagi PKS untuk mengakses pasaran tempatan dan global melalui perjanjian perdagangan, perkongsian, dan inisiatif lain," kata YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Perbincangan Panel pada Hari Pertama

Berikut adalah beberapa perkara penting daripada sesi perbincangan yang direkodkan di bawah ini. Hari pertama dirangkumi 8 perbincangan panel yang mengetengahkan aspek-aspek berikut:

Perbincangan Panel 1: Mencari Dana untuk Membina Perniagaan

Sesi panel pertama dimulai oleh Sam Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, pitchIN, Jeff Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Fundaztic, Goh Boon Peng, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Mystartr dan Chin Kah Leong, Ketua Peningkatan PKS, RHB Bank PKS Banking. Xelia Tong, Rakan Pengurus, ScaleUp Malaysia sebagai moderator.

Perkongsian sesi pertama:

1. PKS harus mempunyai rekod prestasi dan memahami kebaikan pendanaan ekuiti

2. Perbankan tradisional tidak hanya tertumpu kepada pembiayaan tetapi juga ekosistem yang menyertainya. Oleh itu, PKS harus membina ekosistem serta mengurus aliran tunai mereka.

3. Pembiayaan antara rakan menawarkan PKS alternatif dan akses mudah kepada dana.

Perbincangan Panel 2: Pemasaran Tradisional vs Medium Baharu

Seterusnya ialah Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Melissa Sim, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas AdEasy, dan Neeraj Gulati, Rakan Kongsi, Accenture Song, dikendalikan oleh Premesh Chandran, Pengasas Bersama, Malaysiakini. 

Perkongsian sesi pertama:

1. Pemasaran digital lebih taktikal dan peribadi, manakala pemasaran tradisional lebih impersonal tetapi mempunyai jangkauan yang lebih luas.

2. Penting untuk mempertimbangkan bajet dan pasaran sasaran anda dalam memilih jenis pemasaran yang digunakan

3. Fahami jenama anda, cuba media yang berbeza dan sebarkan jenama anda!

Perbincangan Panel 3: Dari sifar hingga bernilai 100 Juta

Moderator untuk sesi ini ialah Raj Aria, Pengarah PR, Gentleman’s Code, dan panelis Tommy Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, ICT Zone, dan Kee Siak Chan, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Exabytes Network.

Perkongsian sesi pertama:

1. PKS mesti memastikan bahawa langkah-langkah yang betul perlu dilaksanakan untuk mencipta suasana kepercayaan dan keselamatan bagi pelabur berpotensi.

2. ESG bukan sahaja menjadikan perniagaan menarik kepada pelabur, tetapi ia juga boleh meningkatkan prestasi kewangan keseluruhan perniagaan

Perbincangan Panel 4: Bagaimana Badan Berkanun Melihat Peranan Mereka dalam Membantu PKS dan Pekerja PKS

Sesi ke-4 dikendalikan oleh YK Lai, Pengarah Urusan, HR Edge, dan panelis adalah Wan Yon Shahima Wan Othman, Ketua Pegawai Pelanggan, HRD Corp, Safawi Sa’aid, Eksekutif Hasil Kanan (operasi cukai), LHDN dan John Riba Anak Marin Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi, SOCSO.

Perkongsian sesi pertama:

  1. HRD Corp menyediakan pelbagai skim untuk membolehkan dan menyokong PKS.

  2. ezHASiL membolehkan pembayar cukai menguruskan percukaian mereka secara dalam talian melalui e-Filing, e-Register, e-Update, e-Ledger dan ByrHASiL tanpa perlu mengunjungi cawangan LHDN secara fizikal.

  3. SOCSO memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri untuk melindungi individu yang bekerja sendiri. Majikan PKS boleh menyumbang sendiri dan melindungi diri mereka melalui skim ini.

Perbincangan Panel 5: Mempertimbang Semula Masa Depan Kerja

Dikendalikan oleh Kamil Darman, Pengurus Wilayah, Grab For Business, panelis sesi ke-5 adalah Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL Derek Toh, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Hiredly, dan Timothy Tiah, Ketua Pegawai Eksekutif, Colony Coworking Space.

Perkongsian sesi pertama:

  1. Jika anda mahir dalam teknologi, adalah bijak untuk memahami segala-galanya yang anda boleh, mengenai AI. Pelajari asas bagaimana ia berfungsi dalam bidang yang berbeza.

  2. Ramai pekerja mencari fleksibiliti dalam kehidupan kerja mereka, seperti keupayaan untuk memilih ruang kerja.

Perbincangan Panel 6: Kes-kes Praktikal Penggunaan Analisis Data Pelanggan dalam Perniagaan

Untuk sesi ke-6, moderator kami ialah Thillai Raj, Ketua Pegawai Teknologi, BAC dan panelis Shashankh Bhatt, Penasihat Pertumbuhan Pelanggan dari Netcore Cloud, Melanie Ng, Ketua Prestasi & Wawasan, Time dan Lance Cheang, Pengasas & Pengarah Urusan, Vlan Technology.

Perkongsian sesi pertama:

  1. Analisis data menunjukkan bagaimana perniagaan boleh melepasi batasan yang menghalang mereka daripada menjadi lebih prihatin dan responsif terhadap pelanggan.

  2. Menguasai penggunaan data pelanggan membolehkan perniagaan mengoptimumkan kos, meningkatkan kecekapan dan memberikan pandangan yang lebih baik mengenai pelanggan.

Perbincangan Panel 7: Perubahan Baru pada Akta Kerja Sedia Ada 1955

Sesi ini dikendalikan oleh YK Lai, Pengarah Urusan, HR Edge, dan panelis yang menyertainya ialah Datuk Hj Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif, MEF, Mohd Azmi Bin Muhammad, Timbalan Setiausaha Bawah Bahagian Dasar (Cawangan Dasar Buruh), Kementerian Sumber Manusia dan Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden, MTUC.

Perkongsian sesi pertama:

  1. Akta Pindaan dijangka memberi manfaat kepada semua pekerja di sektor swasta yang dianggarkan berjumlah 14.04 juta, terutamanya kumpulan B40 yang berpendapatan kurang daripada RM 4,000 sebulan.

  2. Kerajaan berharap melalui pindaan ini kebajikan, perlindungan dan pengurusan buruh di negara ini dapat ditingkatkan.

Perbincangan Panel 8: Memanfaatkan Kepimpinan & Pembangunan Bakat dalam kalangan PKS

Sesi terakhir kami dikendalikan oleh Dr Siva, Rakan Kongsi Senior & Pengasas Bersama, Scaleup Malaysia dan panelis adalah, Siva Kumeren, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, TalentCorp, Effon Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Kakitangan.com dan Malek Ali, Pengasas BFM.

Perkongsian sesi pertama:

  1. Mewujudkan persekitaran kerja yang baik, menyediakan peluang pembangunan, mempunyai pasukan yang bermotivasi dan menawarkan fleksibiliti adalah syarat-syarat yang menarik dan mengekalkan pekerja yang berbakat.

  2. Perkerja terbaik mungkin sukar untuk dicari, tetapi ia tidak mustahil. Menggunakan amalan pengambilan pekerja yang betul boleh membantu PKS mencapai matlamat mereka.

8 Parallel Masterclasses, setiap kelas menyampaikan sesi yang berkesan!

Hari kedua acara ini membolehkan para peserta keluar dari pendekatan arus perdana dalam perniagaan serta di tempat kerja mereka.

Dipenuhi dengan 8 kelas master selari, kelas-kelas ini diketuai oleh barisan fasilitator yang hebat yang telah direka dengan teliti untuk memberikan pemahaman yang komprehensif mengenai topik-topik penting seperti penyelesaian modal pintar, alat dan strategi pemasaran digital serta peta jalan masa depan HR dan pendigitalan perniagaan di Malaysia.

1. Pembangunan Bakat - Belajar Semula HR

(Difasilitasi oleh Effon, Ketua Pegawai Eksekutif Kakitangan.com, Kamil Darman, Pengurus Wilayah, Grab For Business, Nizam Shari, Pakar HR, Kakitangan)

Setiap individu adalah penting untuk kejayaan mana-mana perniagaan. Prestasi pekerja boleh menjadi liabiliti atau aset kepada syarikat. Sebagai HR yang profesional, anda memainkan peranan penting dalam sejauh mana syarikat anda berjaya.

Sorotan Utama:

  1. Memahami perniagaan dan bahagian perniagaan.

  2. Taktik komunikasi untuk menjadi pemasar.

  3. Cara yang betul untuk melatih rakan sekerja menjadi pekerja yang baik.

2. Pematuhan Undang-undang dan Peraturan - Apa yang Perlu dan Tidak Perlu Dilakukan oleh PKS

(Difasilitasi oleh YK Lai, Pengarah Urusan, HR Edge)

Keperluan undang-undang dan peraturan berubah mengikut pertumbuhan perniagaan anda, dan adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

Sorotan Utama:

  1. Cara undang-undang untuk menamatkan pekerjaan di Malaysia

  2. Mengelakkan kesilapan penamatan kerja tanpa sebab atau alasan yang munasabah

  3. Sorotan Kest: Bekas Pekerja Minyak & Gas dianugerahkan RM1.13j di atas pemecatan tanpa sebab

  4. X-Files: Majikan, sila berhati-hati dengan ‘Tuntutan Bersiri’ yang terkenal sebelum mengambil pekerja

3. Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) dan Analisis Data - Pemasaran Melalui Data

(Difasilitasi oleh Tzu Ming, Pengasas & Pengarah, Datalaksa)

Pemasar masa kini mempunyai lebih banyak data mengenai pengguna mereka di hujung jari.. Pemasar yang menggunakan cara ini untuk mencipta strategi berasaskan data menbuahkan hasil yang terbaik.

Sorotan Utama:

  1. Kepentingan CRM kepada perniagaan

  2. Mengenal pasti profil pelanggan, trend dan segmen pelanggan

  3. Saluran komunikasi yang paling berkesan

  4. Strategi tersuai untuk meningkatkan nilai pelanggan

4. Pemasaran Digital - Pembinaan Jenama untuk PKS

(Difasilitasi oleh Charles Gregory, Ketua Pegawai Eksekutif, Digital Marketing Consultancy)

Pembinaan jenama adalah asas untuk mana-mana perniagaan yang berjaya kerana ia memastikan anda sentiasa berada dalam mesej, dan membantu pengguna memahami maksud syarikat dan produk anda.

Sorotan Utama:

  1. Kajian mendalam mengenai 5 kes bagaimana Pemasar melakukan kempen pemasaran yang berjaya/gagal, yang anda boleh belajar daripadanya

  2. Alat untuk menarik prospek baru dan kemenangan pelanggan

  3. Menyelaras dengan trend pasaran dan persona pembeli

5. Kepimpinan Autentik dan Pasukan Berprestasi Tinggi

(Difasilitasi oleh Rashmi Menon, Ketua Pegawai Eksekutif, Leaderonomics)

Sorotan Utama:

  1. Pemimpin autentik mempunyai pemikiran strategik apabila membuat keputusan perniagaan. Mereka menganalisis data, mengenal pasti trend, serta menilai risiko dan peluang yang berpotensi. Dan yang paling penting mereka belajar dari kegagalan.

  2. Cipta budaya tempat kerja yang positif dan inklusif. Ini termasuklah membangunkan nilai-nilai teras, menubuhkan saluran komunikasi yang jelas, serta mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pekerja.

6. Penyelesaian Modal Pintar (ECF) - Cara Baru untuk PKS Mengumpul Modal

Melalui ECF, anda boleh mendapatkan peminat syarikat anda untuk melabur kepada anda dan juga mendapat manfaat daripada keuntungan modal berpotensi. Topik ini difasilitasi oleh Bikesh Lakhmichand, Ketua Pegawai Eksekutif, 1337 Ventures.

Sorotan Utama:

  1. Gambaran ringkas mengenai jenis-jenis pilihan pembiayaan untuk PKS.

  2. Pengenalan cara baru untuk PKS mengumpul dana melalui Equity Crowdfunding (ECF) dan menilai Relevan, Manfaat, dan Potensinya untuk Perniagaan Anda.

  3. Membina hujah yang kuat supaya lebih menonjol dan dikenali pelabur.

  4. Kajian Kes - Menyahkod Kempen Equity Crowdfunding: Strategi untuk Kejayaan dan Kesilapan yang Perlu Dihindari.

7. Penyelesaian Modal Pintar (P2P) - Bagaimana saya boleh mendapatkan pembiayaan untuk membina perniagaan saya?

Difasilitasi oleh Ahmad Kamal S. Awab, Ketua Pegawai Kredit, Cofundr, Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) adalah bentuk crowdfunding yang membolehkan PKS mendapatkan pembiayaan secara langsung daripada pelabur. Ini menyederhanakan proses pembiayaan untuk PKS sambil menyediakan peluang pelaburan alternatif dengan pulangan menarik untuk pelabur.

Sorotan Utama:

  1. Meneroka pinjaman P2P.

  2. Panduan pinjaman P2P untuk perniagaan.

  3. Pinjaman Digital untuk perniagaan.

  4. Pembiayaan Sumbangan Takaful (TCF) & Pembiayaan Premium Insurans (IPF) di bawah Program KitaCover Cofundr.

8. Keselamatan Siber dan Perlindungan Data: Edisi PKS - Mengurangkan pendedahan perniagaan kepada risiko siber

Mencegah, mengesan atau mengganggu serangan siber dengan keselamatan siber terbaik, pada peluang terawal, menghadkan malah mungkin menghentikan kesan terhadap perniagaan dan potensi untuk merosakkan reputasi yang ia boleh disebabkan olehnya.

Sorotan Utama:

  1. Forensik Digital dan Pertimbangan Undang-undang dalam Menangani Serangan Siber

  2. Ancaman Siber: Jenis Serangan Siber yang mudah terdedah kepada PKS 

  3. Elemen Manusia Keselamatan Siber: Kenal pasti Phishing & Penipu

  4. Kebersihan Siber: Amalan Keselamatan Siber Terbaik untuk Perniagaan Anda

Fasilitator:

  • Kayne Hoo, Perunding Forensik Digital Kanan, LGMS

  • Lee Yik Soon, Perunding Keselamatan Siber Kanan, LGMS

  • Kenneth Shak Jian Wen, Perunding Pengurusan, LGMS

  • Jeffrey Low Ken Wai, Perunding Keselamatan Siber Kanan, LGMS

Terima kasih kerana menjayakan SME Growth Summit 2023!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kerana menyempurnakan acara ini dengan kehadirannya. Sokongan beliau yang tidak berbelah bagi terhadap pembangunan PKS amat dikagumi.

Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja-penaja hebat kami: Grab for Business, Time dotCom, dan RHB Banking Group atas sokongan luar biasa sepanjang acara ini. Terima kasih kepada semua penaja, pameran dan rakan kongsi kami yang tidak ternilai sumbangannya dan penghargaan ikhlas kami atas kehadiran peserta yang luar biasa, panelis, moderator dan fasilitator pada hari pertama dan kedua SME Growth Summit 2023! Lihat Galeri Foto Di Sini.

Daftar di sini dan dapatkan promosi istimewa daripadai penaja kami:

Grab For Business: https://mk.my/Grab

Time For Business: https://mk.my/time

RHB Bank Reflex Premium Plus: https://mk.my/RHBBank

Jika anda terlepas acara ini, jangan risau kerana kami mempunyai banyak acara akan datang!








ADS